The cupids.

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Cerpen 17 | Cabin.

It was 730 in the evening and the fierce sky which bore the freezing rain a while ago had now turned so calm. Calvin made his way to the last cabin of the train, pressing through to get in. The station which he was going to was only the fourth station from the one which the train had departed. There were many seats available, but fate had put him on this particular seat.

As usual, he would take out his iPod, listen to some soothing music and have his little booster nap. He never set any alarm whatsoever. It was always that instinct that'd wake him when he reached his destination. But today, was a different story. The train woke him.

The cabin was now so awkwardly silent. The air conditioner had died. The light flickered. Everyone stared at the windows and darted their sight to the rest of the passengers. Calvin saw the looks on their faces and pulled his earpieces off. He knew right away that the train had broken down or some sort, so he leaned against his seat, and looked to his left , blurting out a few words just to share what was happening; “I guess the train is-“

Now the face of this stranger was a familiar one, a blonde girl with icy blue eyes and faint freckles on her face. She wore a simple t-shirt and a snow cap. The familiar necklace was still around her neck and those were the same bright skin and pink lips. She was staring at Calvin, and it seemed as if she wanted to say something too, but halted for the familiar sight.

He let the air built in his chest; thinking that a puff of air would broke the silence in the train. Shelly on the other hand, was really calm, as she always did.

Shelly was the first to look away, most probably because she knew nothing would happen. Calvin was still in his awkward position, so rigid and surprised. As he slowly raised his hand from his lap, the train gained its energy. The air conditioner went back on, the light was now steady, and the train was moving gradually faster. He put it softly on her lap, a sign of “Hello.”

Shelly didn’t move. She slowly closed her eyes and went to sleep. This too apparently was a familiar sight. He suddenly remembered how she used to cry herself to sleep and how he used to not care. 

Calvin stayed awake throughout the journey this time; and when he finally reached the place he was going, he stood up, walked to the door, and watched her sleeping from there for a few seconds.


Eventually, he did what he did best, walk away.


Tuesday, January 1, 2013

Cerpen 16 | Tiru.

"Kau tiru aku", jerit Fariz, "mengaku je lah. Apa yang susah sangat?"
Afiq terdiam. Sudah sejam setengah mereka berdua bertikam lidah, cuba membuktikan yang "bukan aku yang tiru kau. Kau yang tiru aku."

"Tengok ni, tandatangan aku lebih kurang macam kau. Nama aku Fariz, mula dengan huruf 'F'. Kau Afiq, mula dengan hruf 'A'. Kenapa perlu ada 'F' kat tandatangan kau? Kenapa bukan 'A'?"

Afiq mengeluh. "'F' tu nama bapak aku, Muhammad Faliq. Rilek ah, aku sayang abah aku. Kau kenapa?", Afiq cuba menyakinkan Fariz.

"Kau suka tengok bola?"
"Suka."
"Sejak bila?"
"Tahun lepas."
"Time tu baru kita kenal, kau tengok aku main futsal, tengok bola sini sana, kau pun terhegeh-hegeh nak ikut. Sebelum tu aku tanya kau, "tengok bola tak?" kau jawab kau tak suka."
"Bola semua orang pun boleh suka."

Fariz menggenggam tangannya sekuat hati. Rasa nak tumbuk je muka budak ni. "Tak semua," Fariz membalas ringkas. Nafasnya kini menjadi semakin rancak.

"Semua," Afiq berdegil.
"Kucing. Aku bela kucing sekor, kau pun nak sekor. Taleh jagakan kucing aku ke?"
"Aku tak suka berkongsi. That's why aku cari kucing lain."
"Maksudnya kalau aku takde kucing, kau memang tak cari la?"
"Aku memang dah lama nak bela pet sebenarnya."

"Pet? Banyak pet kat luaq sana. Hang pi la caghi tikoih ka, monyet ka, sugar-glider ka. Awat kena kucin jugak? Awat kena sama?"  Fariz melemparkan lagi soalan retorik dengan sedikit nada gertak.

"Rilek, rilek. Kau pun tiru aku. Aku suka minum kopi pepagi, kau pun ikot minum pepetang."
"Kopi tu dari sekolah menengah lagi aku dah minum. Memang feveret aku. Kau yang ikot aku."
"Asal lak? Aku punya feveret tu. Kau yang tiru aku. Bongok!" Muka Afiq bertambah merah.

Afiq lantas pergi ke dapur dan membancuh segelas kopi.
Dia datang kembali membawa gelas itu dan letak di atas meja.
"Aku minum kopi petang ni, tengok siapa ikut siapa. Oh, siapa TIRU siapa."

Fariz menyerah kalah. Afiq sememangnya seorang peniru. Tak salah pun meniru, cuma menjengkelkan.
Kalau aku dijadikan role-model, lain cerita, ada jugak bagusnya. Ini dah lain.
Individualiti Fariz bagaikan diragut dan dibawa pergi.
Dan setelah hilang, ia kembali, tapi kini diperagakan oleh orang asing yang dikeji.
Fariz mengeluh dan memandang jauh ke luar pintu yang bertinta hitam.
Dia mencapai kunci di tepi suis kipas dan terus berjalan keluar, kecewa, meninggalkan Afiq yang kini sedang menikmati kopi di waktu petang, sambil membelai seekor kucing.

Tuesday, August 7, 2012

Cerpen 13 | Senyap.

Malam tu aku ajak dia keluar makan dengan aku. Aku suka orang teman aku pergi makan, walaupun sebenarnya aku tak peduli pun makan seorang. Aku selalu ajak member-member futsal aku, tapi malam ni lain. Bukan sikit, tapi banyak. Terlalu banyak lainnya, sampai aku kadang-kadang fikir itu mimpi. Mungkin juga ilusi. Macam tiada yang pasti.

Aku tunggu di bawah blok rumah dia dengan penuh debaran. Aku keliru, berbaur gemuruh, tapi aku tak mahu sesiapa tengok aku macam ni. Aku macho, jadi aku duduk diam, dan kerut dahi sedikit, kononnya sedang serius. Sambil-sambil tu aku usha phone aku. Dah 3 kali aku misscall dia, dua minit lepas tu dia texted aku, "kejap"

Kali pertama aku nampak dia, aku agak terkejut. Sebab dia tiga kali lebih cantik dari dalam gambar. Mungkin kerana gambar-gambar yang ditunjukkan kepada aku, bukan 3D. Dia berjalan ayu sepanjang korridor, ke arah aku. Dia curi pandang, dan bila dia nampak aku tengah pandang dia, dia pandang pulak tempat lain. Nak cover seganlah tu. Aku tahu sangat, sebab aku pun buat macam tu, aku pandang phone aku, yang batterynya sudah kosong.

Sampai je dekat aku, dia menyapa, "hye bulat!", penuh ceria, buat aku rasa dunia berhenti buat seketika. Bulat? Kenapa dia panggil aku bulat? Adakan ini suatu sign? Jangan perasan, pujuk aku pada diri sendiri. "Hye Nadia", aku jawab, garau. "Nak makan mana?", aku tanya. "Mana-mana awak suka," dia jawab. Jadi aku bawak dia ke gerai makan, sangat simple, tapi okay sahaja, walaupun sedikit samar, di tepi jalan.

Aku mula berkenalan dengan dia. Dia ni manja orangnya, betullah kata member aku sorang ni. Jadi, dia memang tak exaggerate. Aku fikir aku kenal perempuan. Tapi, aku dibuktikan salah. Aku tak putus-putus pandang mata dia yang bagi aku, ada hidupnya sendiri. Clear. Aku boleh nampak lilin dan apinya dalam mata dia. Dia makan pun sopan, cakap pun sopan. Lainnya malam ni, sampai kadang-kadang terlintas fikiran aku ini semua adalah mimpi, boleh jadi ilusi, sebab aku tak pasti.

Lepas makan aku berjalan dengan dia bersebelahan, aku buat lawak banyak-banyak, bagi dia gelak sikit. Bila dia gelak, aku pulak rasa nak terdiam. Comelnya cara dia ketawa. Ada masa dia pun melawak, tapi jujur aku katakan, aku tak dengar sangat cerita dia, sebab aku tengah focus looking and studying other things about her. Aku lebih banyak perhati gerak-geri dia dan rambut dia yang wavy tu dibuai angin. Dan of course, lebih banyak berfikir tentang jari-jemari aku yang susah sangat nak mencuri sedikit rasa kulitnya yang coklat-madu.

Sebelum aku sampai di elevator blok rumahnya, aku berhenti sekejap untuk ketatkan tali kasut aku. Tapi, pada hakikatnya, aku sedang pejam mata dan hati aku seolah-olah menangis, mengharapkan malam ini takkan berakhir. Bila aku buka mata aku, aku pandang socks dia, yang kebetulan berwarna merah. Sama macam aku. Dan aku mula bermonolog sendiri, "jodohkah ini?"

Aku bagitahu dia yang aku tak ada kerja nak buat malam ni, "apa kata kita duduk kejap sembang?" dan dia terus "okay! I on je. Lagipun I bosanlah." Jadi kami duduk di bangku batu di taman permainan di situ. Dia mula tunjuk mana rumahnya, "yang itu, berlangsir biru" dan kemudian mula bercakap tentang bintang dan kisah dua ikan. Merepek betul, tapi aku suka. 

Bila masa untuk pulang, dia bukak converse dia dan berjalan pergi. Aku happy. "Looking forward to see you again,aku kata. Dalam hati.

Esok pagi aku ke LCCT untuk menjemput Robbie. Robbie terlompat-lompat bila dia nampak aku. Childish, buat aku sedikit tertawa. Dia bagaikan seorang adik bagi aku. "Macam mana Festival tu? Best?" aku tanya, soalan pertama. "Best gila, banyak hot chicks. Adalah satu dua, dapat rasa. If you know what I mean" dia melawak. Mungkin serius. Entahlah. Bagus juga kalau betul. Belum masuk soalan ke dua, dia tanya, "dia tahu tak aku balik harini?" dengan muka penuh makna. "Tak" aku jawab sepatah. Aku tak tahu kenapa hati aku celaru. "Bagus, malam ni aku bawak kau jumpa dia okay? I miss her so much and I love her.

Kadang-kadang aku fikir memang semua itu mimpi. Memang ilusi. Tapi bukan. Ianya realiti. Sebab ada satu perihal yang pasti, yang secebis hatiku telah mati.

I know, 'cause I love her too.

Monday, August 6, 2012

Cerpen 12 | Garis Saat.


Cerita tentang hati dan isi, sila jangan ambil hati. Semuanya terpulang pada interpretasi. Hanya yang setia pada paksi, boleh jadi cinta punya saksi.

1:43 a.m.
"Wei, aku nak pegi 7E, beli redbull, kau nak pesan apa-apa tak?"
"Nak."
"Pesan apa?"
"Em pesan kau, boleh? Tak berbaju."
"Kau pernah kena rogol tak?"
"Tak, kenapa?"
"Meh sini!"

1:45 a.m.
Kami berdua berada di ruang tamu. Bukan senang aku nak bercakap dengan dia. Kenal pun tak sangat. Mungkin juga sebab dia tak biasa sembang dengan orang yang sopan-santun macam aku. Bila dia terkam aku tadi, aku rasa terkejut, jantung aku seakan-akan gugur sesaat. Tapi sekarang, dah jadi awkward. Sebab dua-dua tak tahu nak buat apa. Kami cuma baring bersebelahan, kepala aku perlahan-lahan dia baringkan atas cushion empuk warna merah.

1:52 a.m. 
Dia pandang tepat dalam mata aku. Baru first time aku tengok riak wajah ikhlas dia. Mungkin dia dah tahu yang aku memang tersuka kat dia. Aku tengok bibir dia, warna pink, sedikit kebasahan. Gigi, tersusun rapi, nampak fresh"You tengok apa?" dia tanya, nafas segar, sedikit minty, membuatkan aku terpejam mata seketika, menikmati dekatnya dia. "I tengok I. Dalam mata you." Seolah berkaca, itulah matanya. "Cuba tengok tempat tinggal kita", dia sambung, " Selesakan rumah ni? Ada you, lagi selesa. Tambah lagi waktu sejuk macam ni. Rasa nak! Isk!" Dia cepat-cepat seluk tangannya ke bawah dan ke atas semula dan sedar-sedar aku dalam dakapan. Rapat.


2:09 a.m.
Satu-satu dia lafazkan, sayangnya dia pada aku sudah lama. Cuma malu untuk dia ungkapkan sebelum ni. Berbisik-bisik dari tadi. Nafas suam membelai manja telinga dan leher aku. Diusap lagi dengan belaian penuh kasih sayang. Jari jemari tangan yang satu lagi, sibuk menari di atas peha aku. Aku mencari posisi di atas dada yang asing bagi aku, tapi, itu kerja mudah. Mungkin kerana naluri. 

2:16 a.m.
Dia perlahan-lahan letak tapak tangan aku ke atas perutnya. Ah, six packs. Aku hanya turut, tapi tangan aku kaku. Aku rasa nak pitam. Seksinya dia ni! Aku sedang bermimpi? Tak mungkin. Soalan bodoh. Mestilah tak, sebab aku nampak dia. Aku perhati gerak tangan dia yang tak henti merayap, sedikit kebawah, ke gelang getah. Dilondehkan perlahan-lahan. Aku malu, tutuplah mataku. Yang aku hidu, hanya bau baju.

2:19 a.m.
"Jangan malu, I tak buat apa-apa kalau you tak mahu," dia bisik lagi, kali ini sedikit kuat. Aku diam, lidah kelu. Tapi bibir makin lama makin dekat dengannya. Seinci. Kemudian semakin dekat. Mungkin 1/2 inci. Ah, aku tak tahu! Kemudian aku pejam mata. Bibir aku mula bersentuhan, kali pertama dia berkawan. Basah suam, lidah aku bergelut dengan si jantan yang punya. Badan aku membeku, ah tipu. Kaki aku ikut irama, bermain jari-jemari kaki seorang lelaki, navigasi naluri.

2:30 a.m.
Dia mula panggil aku sayang. Aku panggil dia abang. "Nak lagi sayang?" tanya dia, muka selamba. "Tak kisah, buat saja," aku jawab. Selamba juga.

2:32 a.m.
"Nak?" tanya dia lagi.
"Nak," aku mengerang.

1:43 a.m.
"Nak tak?"
Aku senyap. Agak terkejut.
"Kau nak pesan apa-apa tak?"
"Tak."
"Okay bro, turun dulu. Nak apa-apa kau roger."


Kalau imaginasi tiada batasnya, begitu jugalah perasaan, bukan? Kalau punya batasan, tunjukkanlah aku yang kau panggil garisan. 

(Dedikasi untuk empunya idea rahsia)

Saturday, August 4, 2012

Cerpen 11 | Nota Nota Kecil.

Adam
Hei. Nama aku Adam. Sebutan, ADAM, bukan EDEM. Aku tak suka cakap bahasa Inggeris. Sebab mereka penjajah. Aku benci penjajah. Terima kasih cikgu Rozita, sebab ajar aku Sejarah dengan baik. Harini aku dengar lagu Selena Gomez berkumandang sebelum Row Call. Aku pun tak faham sistem pendidikan sekolah ni. Dalam banyak-banyak lagu kenapalah harini pilih lagu yang banyak mencarut "pig pig pig pig pig pig". Haram bhai. Semasa Row Call aku terberdiri sebelah awek kelas pertama. Bau die perghhhh stim. Aku hanya mampu memandang je rambut dia yang panjang diikat dua macam bodoh tapi comel.

Delaila
I was eating my breakfast my mami made me at the canteen when the Selena's song was on aired. I was like, O-Me-GA 2 plus 3 equals HIGH 5 with my bitches. We went to the canteen front and rowed up because duh its a Row Call after all. So we pretty girls stood in front like a bosses and I was so sadly sat beside a jerk named Edem. He is so perah santan and we're like get a grip dude. You're so confused whether your hair should be EEEMO or EWWW MOP lantai.

Zahid
Bila loceng berbunyi untuk rehat, Adam sergah aku, tarik aku masuk toilet then dia ugut aku suruh bagitau dia apa yang aku tau pasal Delaila. Aku bagitau semua yang aku tahu pasal dia. Punyalah dia exsited, dia tulis nota kecil kat aku, then dia suruh aku pass kat Delaila. Bangang punya laki, baru Form 3 dah nak bercinta. Aku rileks je. (Mungkin jugak sebab aku tak berapa nak comel)


Adam

Penat aku tanya satu sekolah, rupa-rupanya Zahid tu sepupu Delaila. Syukron, akhirnya dapat jugak aku mengutus surat cinta kepada awek bernama Dilaila. Aku telah mengarang ayat yang paling berbunga-bunga dan ikhlas dari hati aku yang tulus suci. Sedang aku dilamun cinta, lagu "Pig-Pig" tadi terngiang-ngiang dalam lubang telinga aku. Adakah ini fenomena? Yes perkataan English pertama untuk hari ini. Belajar waktu Sains tadi. Gua memang pro!

Delaila
After break time we headed to our class and it was time to apply lotion on our skin with the girls. It will be English class and we all feeling fab, not Ajax Fabuloso. Lame. Suddenly my cousin Zahid throw a lump of paper onto my face! I said what? He said read. I said not gonna touch any trash. He said I have an admiror, O-Me-Ga 2 plus 3 equals HIGH 5! But I only did that with my own hands like a clap, because our Sir is already in front of the class, clearly I couldn't do it with the bitches. So I unlumped the trash and it was a half A4 paper message of love. In Bahasa. From the jerk Edem who spelled my name DILAILA. Zahid kept looking at me now and then and asked me to reply. I said I do NOT want to reply to a jerk but he said please so I did. Just, for a cousin I am very care about. So I wrote really nicely and lumped it and throw it back to him.

Adam
Aku sangat bahagia hari ini, rasa bagaikan di awan, walaupun hakikatnya aku hanya berada di atas bas menuju ke rumah. Aku memandang ke arah awan-awan, ke arah padang bola sekolah anak yatim, melihat anak siapa tah tetiba kencing kat pokok kelapa. Aku jerit "Wei bodo ko toceng aa?" Budak tu terkejut beruk! Dia lari, aku pun jerit lagi "Bapak hang tak ajaq mencaghot kat hang ka?" Mungkin kekuatan ini datang dari kata-kata manis Dilaila. Dia telah memberi nafas baru dalam hidupku. Tapi, benarkah dia maksudkan ini? Dia kelas bijak, cantik, takkan dia pandang mat rempit macam gua. Mungkin jugak aku cool macam Justin Bieber. Dan dia boleh nyanyikan lagu "Kick on Pig-Pig-Pig-Pig" kepada aku.

Satu minggu kemdian:

Zahid
Aku tak fahamlah Lela, dia selalu bajet pretty, tapi kenapa dia nak layan si Adam tu. Bukannya hensem mana. Harap style je pun. Sejak dia nak reply surat dia, aku terpaksa pulak jadi orang tengah. Menyesal pulak paksa dia reply. Setiap hari aku kena pass nota kecik tu dari Delaila, ke Adam, Delaila, ke Adam. Aduh kenapalah kena reply. Tapi tak kisahlah sangat. Aku cuma takut je.

Adam
Aku jumpa Zahid tadi, aku bagi dia seutas rantai emas dan cokelat Mars untuk dihadiahkan kepada Dilaila. Mana aku dapat, aku tak ingat. Tak kisahlah, asalkan we are both happy right Dilaila? Thank you I learn a lot English with you sayang. And yes you make me hard. Itulah apa yang aku tulis. Siapa suruh nakal sangat.

Delaila
Edem gave me Mars and a gold bracelet. Thanks, but after all those candies, now upgraded into chocolate and gold. I don't want the Mars because I might be fat (true story) and I don't wear gold, for now (that means, maybe later), so I asked Zahid to keep it for me. He tries so hard to win me. It's getting annoying actually. During break time Zahid talked to me heart to heart about love. I felt like Zahid is my dopelganger (a clone in the novel we're gonna learn this year). He asked me what does it feel like to be loved. I said I love him like a brother. He said he is happy and he is sorry if he makes mistakes. I said we learn from mistakes. And we hugs.


Zahid 
Aku jumpa Lela tadi. Aku tak tahulah aku rasa sedih, takut, atau bersalah. Mungkin jugak aku dambakan kasih sayang seseorang. Aku keliru. Sekejap aku cemburu, sekejap aku excited. Mungkin jugak ini adalah gemuruh. Darah berderau lagi ke seluruh urat tangan aku. Jantung aku berdegup kencang. Aku.. Aku terpaksa makan Mars yang Lela telah berikan kepada aku. Dan aku mula melilit rantai emas ini ke leher aku.

Adam 
Aku betei-betei harap Dilaila suka aku punya cokelat dan rantai. Setelah seminggu mengutus nota-nota kecil (romantis sangat bunyi dia), harini bercadang untuk berdepan dengannya buat kali pertama. Dan kalau boleh nak ajak dia dating naik moto EX5 gua. Aku menyusun langkah macho aku, dengan rambut aku jatuh menutup dahi ala-ala Justin Bieber, ke arah buah hati aku. Aku terjumpa dia di kooperasi sekolah. Hanya dia dan bestfriend dia (aku tak kenal dan tak ingin nak kenal la wei) dan belen si penjual barangan ko-op.

Delaila 
Edem came to me after school but, IN SCHOOL, at the girl's shop, so not cool? He asked me to go out with him using his motorcycle? NEVER? Like what a duche. He asked me why am I like a bitch? I said HELLO, I am a bitch; and dude, you spelled my name wrong. It's D-E-L-A-I-L-A not D-I-L-A-I-L-A and I told him dont disturb me, I dont like you, you're not my type - all these in the FIRST LETTER! Then he asked "WHEN? WHICH ONE? And what about the 19 notes I got?" In Bahasa. I asked what notes? And then he ran away screaming "Pig". In Bahasa again. Like Angry Bird. JERK.


Sunday, August 7, 2011

Cerpern 1 | Seronok sampai menangis.

Awak..
AWAK!
Ya, awak.
Pernah tak awak rasa macam nak jadi patung kecil yang comel yang boleh bergerak - gerak? Awak nak duduk dekat - dekat dengan dia supaya bila dia ternampak awak, dia cakap, "isk, comelnya awak ni", ambil awak dan letakkan ke dalam koceknya. Mesti seronok bila dia picit - picit pipi comel awak, puji - puji kecomelan awak kemudian kucup - kucup jari - jemari awak sambil membelai lembut rambut awak. Seronok tak rasanya kalau dia lambungkan awak ke langit dan sambut semula? Awak terbang tinggi, tinggi dan tinggi lagi, lalu jatuh semula dalam pelukan. Awak suka, lalu ketawa. Seronok!
Sebelum aku jadikan penulisan ini the sweetest piece ever written by me, aku nak cerita pasal seorang rakanku. Dulu dia suka bersembang dengan aku, dia selalu kaitkan aku dengan Charlie, seorang watak dalam sebuah novel yang aku gemari. Mula - mula budak tu mentally challenged, lepas tu dia jadi genius, lepas tu back to square one. Apa - apa je lah.
Aku memang dah sedar yang aku tak reti nak tutup mulut. Asyik nak bercerita sahaja. Tapi makin lama aku makin senyap, dia pun sama. Aku rindulah nak cerita kat dia pasal benda - benda merapu, pasal benda yang tak masuk akal; dan yang paling penting, pasal apa aku rasa. Sekarang dia dah busy. Dia dah ada boyfriend, nama dia Quint.
Tapi bila fikir balik, mesti dia akan jadi bosan sebab kena dengar aku membebel. Jadi terpaksalah aku bercakap dengan, KAMU.
Awak, dengar sini. Saya sayang this one person, dia sangatlah cute dan lucu, dia special, ada benda yang istimewa pasal dia. Dia pernah cakap sayalah pengubat luka hatinya bila dia ditinggalkan bekas kekasih dia dulu, sayalah yang paling special dibandingkan dengan orang lain, sayalah segalanya untuk dia, saya sangat penting bagi dia, kalau saya tiada lagi, peninglah dia nak hidup tanpa saya, saya comel, saya cerdik, saya suka makan comot, saya pelik sebab tak suka marah -marah. Seronok! Dia cakap "I love you". Habis merah pipi saya.
Lagi, lagi, dia pernah cakap dia sanggup buat apa saja untuk saya, termasuk "bagi nyawa" kat saya. Tapi saya tahulah, dia cuba mengayat je. Saya pernah menangis sebab kena berpisah dengan dia, padahal dia nak pergi camping 5 hari je. Saya pernah cemburu sampai nak pitam, padahal dia ajak kawan dia sembang je. Saya pernah tak tidur sebab tak sedap hati, padahal dia pergi jumpa kawan dia je. Saya pernah tak bagi dia pergi tinggalkan saya, padahal dia nak balik kampung je. Saya pernah halang dia SMS orang lain malam-malam, padahal dia nak tanya pasal homework je.
Sebelum tu, saya nak beritahu awak ni, dulu seorang rakan saya pernah cerita kat saya, "kalau kau nak tahu, kau cari. Tapi, kau kena ingat, kalau kau cari, kau mesti akan jumpa."

Jadi, saya pun carilah, saya pun malas nak fikir apa maksud dia. Bila dah jumpa, saya menangis.
Dia cakap dia nak tanya rakan dia pasal homework, tapi sebenarnya dia hantar message lucah. Dia cakap dia nak balik kampung , tapi sebenarnya dia pergi jumpa scandal dia. Dia cakap dia nak pergi jumpa kawan dia, tapi sebenarnya dia pergi bermesra dengan orang lain. Dia cakap dia nak sembang dengan rakan dia, tapi sebenarnya dia bercumbu-cumbuan. Dia cakap dia nak pergi camping, tapi sebenarnya dia pergi menjual tubuh. Dia cakap dia sanggup bagi nyawa dia, tapi dia tak bermaksud.
Saya tak marah pun dia, saya sabar je. Kalau awak sayang someone, lepas tu dia buat awak macam tu, awak marah tak?
Hari ini saya terjumpa sekeping nota yang ditulis 5 hari selepas hari jadi saya yang ke 20. Kenapalah aku cari? Kenapalah aku jumpa? Kenapalah aku tak sedia..
Awak, dia masih cintakan kekasih dia yang dulu, yang kononnya saya telah berjaya buat dia lupa. Dia tulis dia sanggup bagi jantung dia kepada kekasih tu. Dia tulis sebuah sajak untuk kekasih dia, sangat indah. Dia tak pernah pun tulis sajak kat saya..
Pernah tak awak rasa macam nak jadi patung kecil yang comel yang boleh bergerak - gerak? Awak nak duduk dekat - dekat dengan dia supaya bila dia ternampak awak, dia cakap, "isk, comelnya awak ni", ambil awak dan letakkan ke dalam koceknya. Mesti seronok bila dia picit - picit pipi comel awak, puji - puji kecomelan awak kemudian kucup - kucup jari - jemari awak sambil membelai lembut rambut awak. Seronok tak rasanya kalau dia lambungkan awak ke langit? Awak terbang tinggi, tinggi dan tinggi lagi, lalu jatuh ke bumi. Awak terluka, lalu menangis. Pedih.