The cupids.

Sunday, August 7, 2011

Cerpern 1 | Seronok sampai menangis.

Awak..
AWAK!
Ya, awak.
Pernah tak awak rasa macam nak jadi patung kecil yang comel yang boleh bergerak - gerak? Awak nak duduk dekat - dekat dengan dia supaya bila dia ternampak awak, dia cakap, "isk, comelnya awak ni", ambil awak dan letakkan ke dalam koceknya. Mesti seronok bila dia picit - picit pipi comel awak, puji - puji kecomelan awak kemudian kucup - kucup jari - jemari awak sambil membelai lembut rambut awak. Seronok tak rasanya kalau dia lambungkan awak ke langit dan sambut semula? Awak terbang tinggi, tinggi dan tinggi lagi, lalu jatuh semula dalam pelukan. Awak suka, lalu ketawa. Seronok!
Sebelum aku jadikan penulisan ini the sweetest piece ever written by me, aku nak cerita pasal seorang rakanku. Dulu dia suka bersembang dengan aku, dia selalu kaitkan aku dengan Charlie, seorang watak dalam sebuah novel yang aku gemari. Mula - mula budak tu mentally challenged, lepas tu dia jadi genius, lepas tu back to square one. Apa - apa je lah.
Aku memang dah sedar yang aku tak reti nak tutup mulut. Asyik nak bercerita sahaja. Tapi makin lama aku makin senyap, dia pun sama. Aku rindulah nak cerita kat dia pasal benda - benda merapu, pasal benda yang tak masuk akal; dan yang paling penting, pasal apa aku rasa. Sekarang dia dah busy. Dia dah ada boyfriend, nama dia Quint.
Tapi bila fikir balik, mesti dia akan jadi bosan sebab kena dengar aku membebel. Jadi terpaksalah aku bercakap dengan, KAMU.
Awak, dengar sini. Saya sayang this one person, dia sangatlah cute dan lucu, dia special, ada benda yang istimewa pasal dia. Dia pernah cakap sayalah pengubat luka hatinya bila dia ditinggalkan bekas kekasih dia dulu, sayalah yang paling special dibandingkan dengan orang lain, sayalah segalanya untuk dia, saya sangat penting bagi dia, kalau saya tiada lagi, peninglah dia nak hidup tanpa saya, saya comel, saya cerdik, saya suka makan comot, saya pelik sebab tak suka marah -marah. Seronok! Dia cakap "I love you". Habis merah pipi saya.
Lagi, lagi, dia pernah cakap dia sanggup buat apa saja untuk saya, termasuk "bagi nyawa" kat saya. Tapi saya tahulah, dia cuba mengayat je. Saya pernah menangis sebab kena berpisah dengan dia, padahal dia nak pergi camping 5 hari je. Saya pernah cemburu sampai nak pitam, padahal dia ajak kawan dia sembang je. Saya pernah tak tidur sebab tak sedap hati, padahal dia pergi jumpa kawan dia je. Saya pernah tak bagi dia pergi tinggalkan saya, padahal dia nak balik kampung je. Saya pernah halang dia SMS orang lain malam-malam, padahal dia nak tanya pasal homework je.
Sebelum tu, saya nak beritahu awak ni, dulu seorang rakan saya pernah cerita kat saya, "kalau kau nak tahu, kau cari. Tapi, kau kena ingat, kalau kau cari, kau mesti akan jumpa."

Jadi, saya pun carilah, saya pun malas nak fikir apa maksud dia. Bila dah jumpa, saya menangis.
Dia cakap dia nak tanya rakan dia pasal homework, tapi sebenarnya dia hantar message lucah. Dia cakap dia nak balik kampung , tapi sebenarnya dia pergi jumpa scandal dia. Dia cakap dia nak pergi jumpa kawan dia, tapi sebenarnya dia pergi bermesra dengan orang lain. Dia cakap dia nak sembang dengan rakan dia, tapi sebenarnya dia bercumbu-cumbuan. Dia cakap dia nak pergi camping, tapi sebenarnya dia pergi menjual tubuh. Dia cakap dia sanggup bagi nyawa dia, tapi dia tak bermaksud.
Saya tak marah pun dia, saya sabar je. Kalau awak sayang someone, lepas tu dia buat awak macam tu, awak marah tak?
Hari ini saya terjumpa sekeping nota yang ditulis 5 hari selepas hari jadi saya yang ke 20. Kenapalah aku cari? Kenapalah aku jumpa? Kenapalah aku tak sedia..
Awak, dia masih cintakan kekasih dia yang dulu, yang kononnya saya telah berjaya buat dia lupa. Dia tulis dia sanggup bagi jantung dia kepada kekasih tu. Dia tulis sebuah sajak untuk kekasih dia, sangat indah. Dia tak pernah pun tulis sajak kat saya..
Pernah tak awak rasa macam nak jadi patung kecil yang comel yang boleh bergerak - gerak? Awak nak duduk dekat - dekat dengan dia supaya bila dia ternampak awak, dia cakap, "isk, comelnya awak ni", ambil awak dan letakkan ke dalam koceknya. Mesti seronok bila dia picit - picit pipi comel awak, puji - puji kecomelan awak kemudian kucup - kucup jari - jemari awak sambil membelai lembut rambut awak. Seronok tak rasanya kalau dia lambungkan awak ke langit? Awak terbang tinggi, tinggi dan tinggi lagi, lalu jatuh ke bumi. Awak terluka, lalu menangis. Pedih.

No comments: