The cupids.

Tuesday, January 1, 2013

Cerpen 16 | Tiru.

"Kau tiru aku", jerit Fariz, "mengaku je lah. Apa yang susah sangat?"
Afiq terdiam. Sudah sejam setengah mereka berdua bertikam lidah, cuba membuktikan yang "bukan aku yang tiru kau. Kau yang tiru aku."

"Tengok ni, tandatangan aku lebih kurang macam kau. Nama aku Fariz, mula dengan huruf 'F'. Kau Afiq, mula dengan hruf 'A'. Kenapa perlu ada 'F' kat tandatangan kau? Kenapa bukan 'A'?"

Afiq mengeluh. "'F' tu nama bapak aku, Muhammad Faliq. Rilek ah, aku sayang abah aku. Kau kenapa?", Afiq cuba menyakinkan Fariz.

"Kau suka tengok bola?"
"Suka."
"Sejak bila?"
"Tahun lepas."
"Time tu baru kita kenal, kau tengok aku main futsal, tengok bola sini sana, kau pun terhegeh-hegeh nak ikut. Sebelum tu aku tanya kau, "tengok bola tak?" kau jawab kau tak suka."
"Bola semua orang pun boleh suka."

Fariz menggenggam tangannya sekuat hati. Rasa nak tumbuk je muka budak ni. "Tak semua," Fariz membalas ringkas. Nafasnya kini menjadi semakin rancak.

"Semua," Afiq berdegil.
"Kucing. Aku bela kucing sekor, kau pun nak sekor. Taleh jagakan kucing aku ke?"
"Aku tak suka berkongsi. That's why aku cari kucing lain."
"Maksudnya kalau aku takde kucing, kau memang tak cari la?"
"Aku memang dah lama nak bela pet sebenarnya."

"Pet? Banyak pet kat luaq sana. Hang pi la caghi tikoih ka, monyet ka, sugar-glider ka. Awat kena kucin jugak? Awat kena sama?"  Fariz melemparkan lagi soalan retorik dengan sedikit nada gertak.

"Rilek, rilek. Kau pun tiru aku. Aku suka minum kopi pepagi, kau pun ikot minum pepetang."
"Kopi tu dari sekolah menengah lagi aku dah minum. Memang feveret aku. Kau yang ikot aku."
"Asal lak? Aku punya feveret tu. Kau yang tiru aku. Bongok!" Muka Afiq bertambah merah.

Afiq lantas pergi ke dapur dan membancuh segelas kopi.
Dia datang kembali membawa gelas itu dan letak di atas meja.
"Aku minum kopi petang ni, tengok siapa ikut siapa. Oh, siapa TIRU siapa."

Fariz menyerah kalah. Afiq sememangnya seorang peniru. Tak salah pun meniru, cuma menjengkelkan.
Kalau aku dijadikan role-model, lain cerita, ada jugak bagusnya. Ini dah lain.
Individualiti Fariz bagaikan diragut dan dibawa pergi.
Dan setelah hilang, ia kembali, tapi kini diperagakan oleh orang asing yang dikeji.
Fariz mengeluh dan memandang jauh ke luar pintu yang bertinta hitam.
Dia mencapai kunci di tepi suis kipas dan terus berjalan keluar, kecewa, meninggkalkan Afiq yang kini sedang menikmati kopi di waktu petang, sambil membelai seekor kucing.

Cerpen 15 | Realis.

Maddy berlari ke biliknya dan menangis teresak-esak. Matanya yang lebam dari semalam bakal bertambah lebam lagi hari ini dan esok. Dia memicit-micit matanya, kononnya memerah bebola mata itu bagi menghentikan aliran air mata yang sedang deras mengalir. Ternyata Maddy masih menyayangi Johari. Perpisahan tadi telah memberi tamparan yang kuat kepada Maddy. Hatinya bagai kertas yand dicarik, dan usaha untuk menyambungkan cebisan-cebisan itu untuk kembali menjadi satu akan mengambil masa yang lama. Mungkin sampai ke hari tua, atau mungkin -
"Ah!" getus hati Adi. Empat helai kertas dilemparkan ke atas katil yang berada di sebelahnya. 

Cerita bodoh, tak realistik. Mana ada orang sedih sampai tua atau sampai mati? 


Setakat putus dengan boypren je pun.


Kan kan? Over sungguh cerita ini, kan? Tak gitu? 


Haiya. Ni, tengok ni Adi. 


Apa ni? 


Ntah. Ew. Sucks.


Isk. Susahlah jadi Adi. Pening.


Adi membebel panjang.


Adi adalah seorang Editor. Bukan Editor majalah mahupun buku cerita. Tapi, hanyalah seorang editor 'taiko' di kampusnya. Kononnya setiap dua bulan sebuah buku nipis kompilasi cerpen dan sajak hasil nukilan rakan-rakan akan diterbitkan; dan hanya tujuh cerita dan 10 sajak terbaik akan mendapat ruangan yang dijanjikan. 


Sedang leka mengkritik helaian kertas yang lain, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. 

"Masuk", dengus Adi.
"Wei, ko tengah buat apa?" seorang lelaki tidak berbaju menyapa.
"Membaca. Cerpen ni, beselah kerja aku," Adi mengangkat sedikit bahunya, hebat.
"Wow, taiko sibuk wei," lelaki tadi ketawa. "DoTA jom?"
"Tamoh. Aku stresslah dengan kehausan idea rerakan aku Dan," Adi mengeluh.
"Asal?" Dan mula melangkah masuh tanpa dijemput.
"Tak realistik lah. Garbage. You know garbage dude?"
"Sampoh. Tahula.Tokde la aku benok sangak", jawab Dan, sambil tersengih.
"Ko nak ajak aku menDoTA je ke sebenarnya?"
"A ah. By the way, tadi ko cakap dalam tepong ke? Lamanya ko membebel."
"Tak lah. Aku cakap dengan member aku ni. Kenalkan, ini Jamal", Adi tersenyum riang.
Dan ketawa dan melambai tangan kanannya, "eh, hai". 
"Dia ni assistant aku."
Dan menutup dadanya dengan tangan. Cubaan menutup aurat.
"Ok lah Adi, aku masuk bilik aku dulu. Kekgi aku nok tubek makang. Mu nok join?"
"Tak pe, thank you."
Dan keluar perlahan-lahan dan menutup pintu dengan cara yang sama.

Di luar bilik Adi, seorang lagi rakan serumahnya, Zul, sedang menunggu. Wajahnya resah. Dia menutup mulutnya sedikit, dan berbisik, "so? Acane?"

"Sah, dia memang cakap sorang-sorang. Dengan dinding."
"Fuck. Serious ke? Bukan cakap dalam telefon?" wajah Zul diselubung kekeliruan.
"Bukan", Dan jawab kering.

Dan melangkah masuk ke biliknya bersama Zul, sambil berbisik,

"Doh mental, ade hati nok ngate saing. Realistik tahi mung."

(Dedikasi untuk Sidekick Jalanan)

Monday, December 31, 2012

Gila | 10

Bahagian sepuluh : Garisan penamat.

Kata-kata Emma dan Steph membuatkan aku berasa sugul. Minda aku dirudum kekeliruan. Curangkah Amir jika dia hanya bermanja dengan perempuan lain?

Emma mengelus rambutnya sedikit, dan dengan separa berbisik, dia bertanya kepada aku dan Steph, "Amir ni betul-betul abusive eh? Nafas aku terhenti seketika, Peter Pan mula menyulam kenangan cinta aku dan Amir, dan dalam masa yang sama, menyelit sedikit cebisan-cebisan derita yang Amir telah hidangkan kepada aku.

"Ye," aku jawab, kecewa.

"Then, ape yang you nak dari die lagi sebenarnye?" Steph mencelah.


"Aku nak dia setia," aku jawab, laju.

Emma mengeluh, "tak cukup lagi ke dengan bukti yang you dah ada ni Tasha?"

"Belum. Sebab korang jugak cakap dia tak buat apa-apa lagi dengan korang."

Steph menggaru lembut kening kirinya. Dia membetulkan kedudukan kerusinya dan bersandar sambil memejam mata, mungkin sedang berfikir. Beberapa saat kemudian, dia bertanya lagi, "jadi you nak bukti kukuh yang dia curang?"

Aku hanya mengangguk, separa pasti.

"Macam mana?" dia tanya lagi, inginkan kepastian.

"Dia main dengan orang lain, baru dia curang."

Emma tertawa. Mungkin dia tergelak melihat kebodohan aku. "Kalau dia DAH CURANG dengan ORANG LAIN selain kitorang dua macam mana?"

Giliran aku pula sedikit tertawa. "Tak mungkin, sebab aku dah bagi 100% komitmen. Aku tahu gerak-geri dia."

Emma menongkat dagunya dan buat mulut senget. Nak give-up lah tu sebab aku guna ayat kau kan?

Steph menyentuh lengan aku pula kali ini, dan memberi isyarat 'beri laluan', "So you nak antare kite due main dengan die? Ew?"


Aku menggeleng. "Tak, korangkan bestfriend aku. Aku taknak menyusahkan korang sangat. Sorang dapat satu tugas je. Cukuplah, kan?"

Kami tertawa serentak. Kemain role-play, semua nak pretend. 

Steph menyoal lagi, "so macam mane ni, gile?", masih ketawa.

Aku menyilang kaki kiri ke kanan, dan mengangkat jari telunjuk ke arah utara.
Steph dan Emma berpandangan sesama sendiri sebelum menoleh ke arah yang aku tunjukkan.

Dengan gladiator oren yang menyala-nyala, Ramona jalan dengan penuh yakin. Sejurus sampai ke meja empat segi kami, dia terus duduk dan memulakan sapaan dengan soalan 'objektif', "so, apa tugas aku?"

Kami semua tersenyum serentak, untuk kesekian kali. Termasuk Ramona, yang sudah pasti tahu apa tugasnya sendiri. Berikan aku jawapan, yang aku sendiri pura-pura tak pasti.

Minda aku yang aku namakan Peterpan kini melayarkan wajah seorang lelaki yang bernama Amir Azhar, yang tidak tahu menahu, yang semuanya plan AKU.

TAMAT.

Nota: Jangan pernah biar hati you dipermainkan. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA! HAPPY 2013!

Friday, December 28, 2012

Gila | 09

Bahagian sembilan.

Hari ini hari confession.
Bukan confession daripada aku kepada diri aku sendiri.

Aku duduk di meja empat segi berserta empat kerusi tersusun rapi.

Hari ini hari confession.
Bukan daripada aku kepada Amir. Bukan jugak Amir kepada aku.

Langit biru kelihatan masih gelap. Cat ungu dan kelabu seakan-akan dicalit ke atas permaidani langit.

Aku tunggu.

Sambil menghirup coffee yang dihidang tadi.

"Hye. Tasha ye?", suara gadis menegur aku dari belakang.
Tanpa perlu lihat, aku letak gelas putih ke atas meja, "duduk".
Gadis tadi senyum dan turut.
"Mana lagi sorang?", tanya gadis itu yang kulitnya secerah kuning langsat.
Aku menarik nafas panjang, "tu", aku mendongak sedikit.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan berambut merah melambai manja.

"Hye", dia menyapa. "Dah lama tunggu?"
"Dah lama", jawab aku dengan dingin. "Duduk".
"Hye, I Steph", kata gadis kuning langsat tadi. Mereka bersalaman.
"I Emma", ujar gadis berkulit hitam manis. 

Beberapa orang berbaju kemeja mula mengisi meja kosong yang lain.
Seorang pelayan perempuan datang ke meja kami, dan perempuan-perempuan tadi hanya memesan segelas teh tarik sahaja. "Tak makan?" tanya pelayan. "Tak." Emma menjawab, ringkas.

Tanpa membuang masa, aku terus sound dua-dua betina depan aku. Aku yakin, dua-dua ni lah yang goda Amir. Aku mulakan dengan Steph, gadis yang tidur dengan Amir dalam apartment aku sendiri.

"Kau tido ngan Amir kan? Apesal kau kene buat dalam umah aku bro?"
Steph dengan selamba menjawab, "Eh, rileks lah BRO," saja dia tekan 'bro' nak bagi aku sakit hati. "I tak buat ape pun dengan die. Mana I tau tu rumah you! Salahkanlah die. Tak pun, salahkan dia ni," Steph menyeluk handbagnya yang sebesar alam dan lantas mengeluarkan cermin sebesar tapak tangan.

"Kurang hajaq punya pompan," aku bidas tindakan dia yang biadab tu. 
Hati aku tersentak. Melihatkan imaji wajah kusam di dalam cermin tadi.

"Oh, ini ke agenda perjumpaan ni. I mati-mati ingat blind date. I balik dulu laaa ye?" ujar Emma yang sudah sedar akan keadaan yang kian tegang. 

"Eh rileks lah, you pun sama, kan? Tidur dengan Amir? I baca text you dengan Amir haritu."
"Ok ok," Emma membetulkan kedudukannya di atas kerusi. 


"Truth is," sambil mencapai sebatang rokok di dalam kotak Malborro biru, "I tak tahu dia ada girlfriend ke tak." Muka Emma tampak jujur. "Dia sekali pun tak sebut pasal you." 

Saat ini cahaya matahari sedang merangkak perlahan dari celahan bangunan-bangunan tinggi dan memanah terangnya ke wajah aku yang serba kekurangan. Aku terasa seperti dipaksa tampil ke muka pengadilan. Mungkin ini semua bukan salah kedua-dua perempuan jemputan ni, mungkin ini semua salah aku, sebab tak reti nak jaga Amir. Kalau betul dia sayangkan aku, dia mungkin sudah beritahu Steph dan Emma, yang "aku ada girlfriend, nama dia TASHA."

Bukan?

Steph melancarkan aplikasi kamera kedua dia atas meja, sejurus selepas air panas dihidangkan. Dia melepaskan getah rambutnya dan dengan ketekunan meneliti wajahnya sendiri, dia berfalsafah, "lelaki ni senang je. The key is to progressively, impress, through WORDS". Dia ikat kembali rambutnya, dan ujar, "lelaki suke mengayat perempuan cantik macam kite, then dah jumpe lagi bagus, die cabut. Kite pun kena lah buat bende yang die suke, bende yang same, baru die suke kite, tak gitu?" dia mencuit lengan Emma.

Karakter dan kecantikan Steph membuatkan aku sekali-sekala meraba rambut aku, cuba memperbetulkan apa yang boleh. Kononnya nak setanding.

Emma mengangguk. "You tak boleh all out dengan dia. The moment you buat macam tu, you habis. Lelaki ni cepat bosan. Once you dah jumpa rentak dia, you menang. Faham tak?"

Aku bingung. "Elaborate lagi please?"
Steph menyentuh lengan Emma dan biarkan jari-jemari mulus dia hinggap di situ beberapa ketika sebagai tanda 'beri laluan'. "First, you cakap, I SUKA you, then I sayang you. Then I love you. Then baru I NEED YOU." 

"OR I WANT YOU", pintas Emma. "Kalau terus I NEED YOU, memang BYE lah kat diri sendiri ye?"
Mereka berdua tertawa. Aku hanya terdiam, mengimbas kenangan tawar yang menyimpul-nyimpul isi hati aku.

"Sebab tu dia curang kat aku? Sebab aku gave all out?"

"Yup," Steph mengangguk.

"Tapi tak banyak aku buat. Aku siap tinggal dia 4 hari sebab kerja dekat Singapore." 

"You tunggu dia tak? You ada suruh tunggu you?" tanya Emma, sambil mengerutkan dahinya.

"Ada, kot," aku jawab, jujur, tapi kurang yakin akan diri sendiri.

Emma menghembus nafas kecewa. "Kan tadi dah cakap, buat apa yang lelaki suka buat." Dia menghirup sekali dua teh tariknya. "Kita perempuan selalu tak nampak, yang kita dah bagi 100% komitmen. Lelaki tak suka komitmen. Gilakan?"

Monday, November 19, 2012

Gila | 08

Bahagian lapan.

Seperti lipas yang kudung, aku semakin pantas. Aku tak mati, seperti cicak yang kehilangan ekornya, yang akhirnya akan pulih. Seperti sedia kala. Cuma, lebih kuat. Tapi, tiada siapa yang boleh menafikan fakta dunia, yang semua tak sempurna.

Macam aku. Di mana kekurangannya ternyata.

2214
"Tasha, maafkan I", kata Amir. Suaranya serak-serak basah.
"You curang dengan I!" Aku menjerit. Dalam minda aku, aku bayangkan aku tampar muka dia dengan kata-kata ni, macam raket badminton. Aku tak percaya yang aku berada dalam posisi ni. Di atas. Dan dia di bawah. Tapi aku masih marah. Aku hanya mampu gumpalkan penumbuk dan bersedia untuk menumbuk bantal di sebelahku. Seminggu tak cukup untuk melupakan lelaki zalim macam dia.
"Boleh tak I nak jumpa you? Kejap je. Please..." Amir merayu kesal."
Please?

Serta-merta tumbukan aku yang aku gumpalkan tadi terlerai.

2305
Malam tu jugak kami berjumpa. Hati aku beria nak menuntut cebisan-cebisan hati aku yang Amir dah rampas. Amir melutut dan genggam tangan aku dengan erat. Dia mintak maaf, dan layan aku macam princess.
Dia kata, "Tasha, janganlah pandang satu-satunya silap I. Pandanglah benda yang I dah buat dengan betul".

Aku setuju. Mungkin aku terburu-buru. Aku salahkan diri sedikit.

2353
Aku tidur di atas katil, Amir di atas sofa. Walaupun hati aku sedikit pedih bila teringat perempuan yang pernah baring dengan Amir atas katil ni, aku rasa sejuk hati melihat Amir di atas sofa dengan lembut raut wajahnya.

0121
Perlahan-lahan aku keluarkan handphone aku dan scroll contacts. B. B. B, aku cari. Ah, Bernard. Aku delete. Mungkin ini permulaan baru buat aku, dan silam hanyalah sejarah. 

0145
Aku capai handphone Amir. Aku buka Inbox dia.

0214
Aku tertawa. 

I rindu gila kat you Azhar.

I lagi rindu dekat you. Dekat dengan you je boleh hilangkn rindu ni.

Kenapa nak hilangkan rindu? :(

Sebab rindu ni buat I tak tahan.

Tak tahan apa? :O

Ehhhhh buat tak faham pulak! ;k

Jantung aku memecut mencari udara, dalam bekuan darah. 

Nak usap rambut merah seksi you.

I nak dakap tubuh sasa you Azhar. :p

Jom jumpa? ;)

Aku tatap wajah Amir, dan tertawa lagi. Bodohnya aku percaya lelaki ni. 

Kejap lagi I call you bila I sampai rumah you. Pakai wangi-wangi ye Cik Emma!

5 hari lepas. Lima hari lepas aku ingat aku di atas. Ternyata aku salah.
Tubuh Amir bukan lagi untuk aku. Bukan untuk aku walaupun selepas kahwin.
Dia dah sedekahkan ke perempuan lain.
Aku masih kudung. Rasa serba kekurangan.
Aku lantas berlari ke bilik air lalu tatap wajahku. Yang tak seberapa.
Playlist aku pasang dengan volume rendah.
Shower aku biarkan mencurah-curah membasahi lantai dan tubuhku.
"Tasha, janganlah pandang satu-satunya silap I. Pandanglah benda yang I dah buat dengan betul", kata-kata penyangak gila terngiang-ngiang dalam kepala.

Benda betul apanya? Satu pun tak ada!

Dan dalam rintikan itu aku dengar sayup-sayup Christina Perri mermerli aku,

"I have died everyday, waiting for you."


Monday, August 27, 2012

Gila | 07

Bahagian tujuh.
"Azhar.." sesekali aku terbatuk pagi tu, mungkin kerana corong pernafasan yang selalunya merelakan nafas untuk berlari, kini remuk dan sempit nak mati.

Dia hanya memandang TV, tidak menghiraukan aku. Seakan-akan aku yang salah. Seakan-akan dendamnya pada aku masih tak berbalas. Padahal!

"Azhar, teman I pergi klinik?" bibir aku, aku ketapkan sekuatnya, kerana aku, aku tak pasti, pipi atau gigi yang sedang terketar. Bukan kerana takut. Aku pasti bukan kerana takut.

"Takpelah, I boleh pergi sendiri."

Aku terus meluru ke arah tandas, dan tatap wajah aku di dalam cermin. Siap-siap, aku terus pergi. Rutin harian aku cuba dimulakan. "Aku taklah cantik mana pun. Muka selenge. Hidung tak berapa nak mancung. Tapi bolehlah, comel. Kan? Kan?" Dan buat pertama kalinya aku menangis melihat si gadis di dalam cermin, yang rambutnya kusut, matanya lebam, bibirnya kering, perutnya tercalit segumpal warna ungu.

------------------------------------------------

Aku turun ke bawah. Berpakaian simple, dengan top tank dan jeans. Dan aku memandang kedai makan Azhar. AMIR'S CORNER. Aku teringat kisah dua bulan lalu. Ketika pertama kali aku berjumpa dia. Hari yang aku lakonkan watak gadis yang sedang sakit perut. Ironinya.

------------------------------------------------

Sampai di klinik, doktor tu masih ingat aku.
Aku tak ingat sangat apa yang kami sembang, tapi aku ada bagi tahu dia yang aku sedang disiksa lelaki gila. Dia ada cakap dia nak tolong, tapi aku cakap tak perlu, sebab aku tahu jalannya. Kemudian dia sentuh tangan aku, kini dengan perasaan tidak malu, tak macam dulu, ketika Amir ada disebelahku. Dia menyakinkan aku, yang dia boleh sembuhkan aku, supaya aku happy macam selalu. Aku tersenyum sipu, walaupun hati sedikit sayu.

"I care about you," ujar doktor.

Dan aku tersedar. Aku mungkin tak cantik. Tapi..

"You special. I susah nak jumpa orang yang ada vibe macam ni."

------------------------------------------------

Aku halau Amir Azhar si gila keluar dari apartment aku. Aku pun tak ingat bila masa aku bagi dia masuk sesuka hati. Aku halau dia macam nak gila, serupa macam dia. Aku harap dia faham betapa bencinya aku tengok muka dia yang handsome tapi perangai sakai. Aku menjerit sekuat hati, memecah sunyi ruang tinggi, "Sanggup kau pukul perempuan ha gila? Bangang! Berambus kau keluar rumah ni! Shuh! Pergi!!! Lelaki dayus!" dan layangkan gelas kaca ke lantai. Amir mencarut apa, aku pun malas nak dengar. Aku takkan bagi dia peluang untuk berkata-kata, sama seperti aku yang terkapai-kapai mencari peluang untuk berkata-kata semalam. Tapi aku ada tersentap sedikit bila dia berjaya mengungkapkan sebaris kata-kata ni, "kau ni dah cacat, takde siapa nak kat kau lah bhai!" Sedikit. Sesaat. Kemudian aku jadi garang balik. Dan berjaya halau dia keluar.
Setelah semuanya sudah pasti, yang kini aku boleh hidup tanpa dia di sisi, aku keluarkan handphone aku dan duduk di atas kerusi. Aku yakin dia sedang menunggu berita dari aku. So I called him.

"Helo Bernard."
"Hi. How are you feeling?"
"I'm great. Em, I already did it."
"You chase him out? Wow."
"Yes, exactly like you taught me, doctor."