The cupids.

Tuesday, August 7, 2012

Cerpen 13 | Senyap.

Malam tu aku ajak dia keluar makan dengan aku. Aku suka orang teman aku pergi makan, walaupun sebenarnya aku tak peduli pun makan seorang. Aku selalu ajak member-member futsal aku, tapi malam ni lain. Bukan sikit, tapi banyak. Terlalu banyak lainnya, sampai aku kadang-kadang fikir itu mimpi. Mungkin juga ilusi. Macam tiada yang pasti.

Aku tunggu di bawah blok rumah dia dengan penuh debaran. Aku keliru, berbaur gemuruh, tapi aku tak mahu sesiapa tengok aku macam ni. Aku macho, jadi aku duduk diam, dan kerut dahi sedikit, kononnya sedang serius. Sambil-sambil tu aku usha phone aku. Dah 3 kali aku misscall dia, dua minit lepas tu dia texted aku, "kejap"

Kali pertama aku nampak dia, aku agak terkejut. Sebab dia tiga kali lebih cantik dari dalam gambar. Mungkin kerana gambar-gambar yang ditunjukkan kepada aku, bukan 3D. Dia berjalan ayu sepanjang korridor, ke arah aku. Dia curi pandang, dan bila dia nampak aku tengah pandang dia, dia pandang pulak tempat lain. Nak cover seganlah tu. Aku tahu sangat, sebab aku pun buat macam tu, aku pandang phone aku, yang batterynya sudah kosong.

Sampai je dekat aku, dia menyapa, "hye bulat!", penuh ceria, buat aku rasa dunia berhenti buat seketika. Bulat? Kenapa dia panggil aku bulat? Adakan ini suatu sign? Jangan perasan, pujuk aku pada diri sendiri. "Hye Nadia", aku jawab, garau. "Nak makan mana?", aku tanya. "Mana-mana awak suka," dia jawab. Jadi aku bawak dia ke gerai makan, sangat simple, tapi okay sahaja, walaupun sedikit samar, di tepi jalan.

Aku mula berkenalan dengan dia. Dia ni manja orangnya, betullah kata member aku sorang ni. Jadi, dia memang tak exaggerate. Aku fikir aku kenal perempuan. Tapi, aku dibuktikan salah. Aku tak putus-putus pandang mata dia yang bagi aku, ada hidupnya sendiri. Clear. Aku boleh nampak lilin dan apinya dalam mata dia. Dia makan pun sopan, cakap pun sopan. Lainnya malam ni, sampai kadang-kadang terlintas fikiran aku ini semua adalah mimpi, boleh jadi ilusi, sebab aku tak pasti.

Lepas makan aku berjalan dengan dia bersebelahan, aku buat lawak banyak-banyak, bagi dia gelak sikit. Bila dia gelak, aku pulak rasa nak terdiam. Comelnya cara dia ketawa. Ada masa dia pun melawak, tapi jujur aku katakan, aku tak dengar sangat cerita dia, sebab aku tengah focus looking and studying other things about her. Aku lebih banyak perhati gerak-geri dia dan rambut dia yang wavy tu dibuai angin. Dan of course, lebih banyak berfikir tentang jari-jemari aku yang susah sangat nak mencuri sedikit rasa kulitnya yang coklat-madu.

Sebelum aku sampai di elevator blok rumahnya, aku berhenti sekejap untuk ketatkan tali kasut aku. Tapi, pada hakikatnya, aku sedang pejam mata dan hati aku seolah-olah menangis, mengharapkan malam ini takkan berakhir. Bila aku buka mata aku, aku pandang socks dia, yang kebetulan berwarna merah. Sama macam aku. Dan aku mula bermonolog sendiri, "jodohkah ini?"

Aku bagitahu dia yang aku tak ada kerja nak buat malam ni, "apa kata kita duduk kejap sembang?" dan dia terus "okay! I on je. Lagipun I bosanlah." Jadi kami duduk di bangku batu di taman permainan di situ. Dia mula tunjuk mana rumahnya, "yang itu, berlangsir biru" dan kemudian mula bercakap tentang bintang dan kisah dua ikan. Merepek betul, tapi aku suka. 

Bila masa untuk pulang, dia bukak converse dia dan berjalan pergi. Aku happy. "Looking forward to see you again,aku kata. Dalam hati.

Esok pagi aku ke LCCT untuk menjemput Robbie. Robbie terlompat-lompat bila dia nampak aku. Childish, buat aku sedikit tertawa. Dia bagaikan seorang adik bagi aku. "Macam mana Festival tu? Best?" aku tanya, soalan pertama. "Best gila, banyak hot chicks. Adalah satu dua, dapat rasa. If you know what I mean" dia melawak. Mungkin serius. Entahlah. Bagus juga kalau betul. Belum masuk soalan ke dua, dia tanya, "dia tahu tak aku balik harini?" dengan muka penuh makna. "Tak" aku jawab sepatah. Aku tak tahu kenapa hati aku celaru. "Bagus, malam ni aku bawak kau jumpa dia okay? I miss her so much and I love her.

Kadang-kadang aku fikir memang semua itu mimpi. Memang ilusi. Tapi bukan. Ianya realiti. Sebab ada satu perihal yang pasti, yang secebis hatiku telah mati.

I know, 'cause I love her too.

5 comments:

Naim H. said...

Nice story but I couldn't decide if Nadia is the girl on his mind at the end. What would make a more interesting continuation of this story is another female character. But yeah, that's just me :)

Atiqah Shaharudin said...

kalau I, you know I'd go for her. Screw Robbie. weeeee

HNKIECRSH said...

Naim: It is Nadia, the one he happened to like when he spent a night with her when the bf is away. Hahaha. Another female character will put a lil more twist. But I really don't know how to extend at this moment. :p

Span: Hahaha. I would definitely go for her too. :)

Anonymous said...

Nice story! I am sooo want to be a writer too hahahaha xD

Keep it up!

HNKIECRSH said...

Pelangi: Glad to hear that! :)