The cupids.

Saturday, August 11, 2012

Gila | 01


'Gila' adalah sebuah nukilan pendek yang aku penakan ke atas kertas maya, khas kepada pejuang-pejuang cinta di luar sana, yang masih cekal sampai ke hari ini walaupun hati telah penuh dihiasi banting-banting luka semalam. 

Bahagian satu. 
"Kau ni gila ke sebenanya?" tengking lelaki yang bersuara garau di belakang aku. Kuat, suaranya menggegar petak empat segi yang besarnya tak seberapa. Memang kalau kuat sikit lagi, gegendang telinga aku akan koyak. Koyak macam baju aku. Yang dia carik dengan rakus.

"Kenapa?" aku cuba menjawab, walaupun aku sangat terkejut. Tapi apa yang sepatutnya aku kena buat? Diam? Duduk macam orang bodoh? Macam tu? Aku tarik baju aku yang sudah terkoyak sana-sini dan memeluk lemah tubuh kecilku.

"'Kenapa' kau tanya? 'Kenapa'?" Dia tanya sinis, barangkali dia fikir aku tahu jawapannya. Tapi, aku memang tak tahu. Tadi aku hanya baring di atas katil aku dah dekat 3 jam. Apa yang dia nak ni? Pagi-pagi buta pulak tu! Orang nak tidolah gila!

"Wei," dia menjerit, "kalau aku tanya," lalu menggemgam sekuat-kuatnya pergelangan tangan aku, "jawab!".
"Apa ni? I tak tahu apa you nak!" aku jawab, separuh soal, masih keliru.
Lelaki bertubuh sasa di depan aku, menyeluk poket kirinya, dan mengeluarkan sehelai surat yang dilipat empat. "Ini apa?", soalnya. Aku pernah lihat surat tu, tapi aku tak ingat kat mana. "Kenapa dengan surat ni? And perlu ke you pegang tangan I?"

"Apa masalah ko ni? Gila eh? Gila?", dia tengking. Kali ini aku memberanikan diri untuk berdiri, walaupun tangan aku dirantai kekasaran. Aku pandang mata dia. Mata orang yang aku sayang. Yang semalamnya sejuk.

"Tak nak cakap takpe, mampus kau", dia ugut. Dalam hati aku, aku merayu dan menyebut namanya, Azhar, yang selama ini aku anggap telah berjaya mencerminkan indahnya bunga.
Dia pulas tangan aku yang sehalus ranting-ranting rapuh pokok mangga, sekasar nadanya, kerana inginkan secebis jawapan, kepada soalan yang aku tak faham pun.
Prap!
Aku rebah ke lantai.
Sedas sepakan ditujukan ke perut aku.

Ya, aku pejam mata aku sepanjang malam tu. Tapi bukan kerana tidur. Aku terkulai sendirian. Seperti malam-malam yang lain. Cuma, malam ni aku sakit.
Dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku rasa dia memang gila.

4 comments:

Johan said...

Kau semakin berani, dan aku semakin suka.

Hunkiecrush said...

Johan; Thanks. Hehe. Tak dapat kalahkan penulisan Constraint.

Pelangi said...

cinta gila

spankuning said...

baca kali kedua, baru faham isi hatinya. :)