The cupids.

Saturday, August 18, 2012

Gila | 06

Bahagian enam.
Aku berdiri lagi di depan pintu apartment aku. Aku mengharapkan yang bila aku masuk rumah, hanya desir angin yang menyapa aku. Aku rasa tidak bersedia secukupnya untuk bertemu Amir. Dapaan aku yang kemarin sedia untuk dakapan kekasih aku, kini longlai tak bernyawa.

Aku ketuk pintu rumah. Sekali. Gema bunyi menghentam ke setiap sudut, berebut-rebut mencari ruang kosong untuk digegarkan. Termasuk sudut hati aku yang berlubang.

Dan aku mula fikir, mungkin Amir tak ada kat rumah? Mana mungkin dia tinggal aku. Aku keluarkan kunci pintu dan masuk. 
Kosong. 
Betul dia tinggalkan aku.

------------------------------------------------

Aku meraba ke dalam beg tangan aku, mencari kertas putih yang semalam aku ceramukkan ke dalam, dan mencapai pena di atas meja solek. Aku mula menulis seni, menulis, kini dibimbing realiti, bukan Peter Pan yang tinggalkan aku sendiri.

Kehadapan, Amir yang aku cintai.

Argh! Padam-padam. Aku goreskan dengan pen. Gores sekuat hati. Lebih baik aku jujur.

Amir, why did you leave? I thought you want to wait for me, pejam-celik-pejam-celik, dah ada kat sebelah, you said! Now where are you? You expect me to update you where I go and where I am every single time I move about! And why can't you do the same? Why aren't you here? Salah ke you nak tunggu I sekejap? Busy sangat ke dengan kerja? Habis apa gunanya pekerja?

Aku baca balik. Redundant pulak. Jadi aku gores lagi. Gores sekuat hati.

Amir, you said you love me, now it gets me thinking that you don't. You left me when you knew I'll be back today. You promised me Mir. Why? I mula terfikir kenapa you tak message I time I kat Singapore? Mahal sangat ke nak message? I text you like every hour kot. I know I'm exaggerating but, I did text you. Why can't you at least say a simple 'hye?' It only takes a second to type these three letters. Why Amir? Why did you ask me when I was gonna come back - only on the third day? Why can't it be on the second? First?

Aku baca balik. Kenapa aku perlu question benda yang aku dah tahu? Surat ni sepatutnya aku gumpalkan sekasarnya dan lemparkan ke muka dia! Aku palangkan semua persoalan tadi di atas kertas cela tu dan terus menconteng jawapan. Jawapan aku sendiri. Yang aku dah sedar hari-kedua.

I tahu you curang.

Dari tempat duduk aku, aku boleh hidu perfume yang bukan milik aku. Dan aku sebak. Dada aku sakit. Ada masa ketika aku terlupa untuk bernafas, kerana terlalu memikirkan sakitnya hati aku.

Aku sambung lagi, kali ini dengan realiti bersertakan perit mata.

And I tak nak ada apa-apa dah dengan you.

Dua bulan Amir. Baru sekejap, kenapa give-up? Bisik aku dalam hati aku. Dan minda aku mula menghitung pedih, pedih yang mencangkuk dada aku bagai batu-bata - bila aku buka pintu dan lihat dia dan seekor betina.
Salahkan aku? Yang terlupa balik hari ketiga?
Goodbye, take care.

"As a second thought", aku cakap dengan cermin, lebih baik aku letak surat ni dalam mailbox dia. Kurangkan drama. Tak payah nak jumpa, boleh skip semua hujah bela. Aku lejangkan kertas yang sudah kering dan berpulpa, dan mula lipat satu, dan dua. Kemudian tiga dan empat. Empat lipatan. Dan di atas tu aku tulis,

AMIR.

"As a second thought," aku cakap lagi depan cermin, dan mula menulis nama si dia sekali lagi, besar-besar supaya dia sedar.

KEPADA AMIR AZHAR SI GILA.


------------------------------------------------

Tak sangka, mata sejuk yang aku bayangkan seperti bunga, ternyata tipu daya. Malam itu aku dihadiahkan dengan tulang patah sebagai extra, di samping sepakan besi di bawah dada.

P/s: Jumpa lagi dalam Bahagian Tujuh ya, minggu hadapan. Assalamualaikum, dan Selamat Hari Raya.

7 comments:

Naim H. said...

Now I'm lost :(

Hunkiecrush said...

Hahaha.
Nah.

Gila.
01 | Azhar gila.
02 | Jumpa Amir.
03 | Jatuh cinta dengan Amir.
04 | Amir curang.
05 | Tasha nak bunuh diri.
06 | Tulis surat kepada AMIR AZHAR. (Orang yang sama)

Gila 01 flashback sebenarnyaaa.

spankuning said...

MOTIF ADA EXPLANATION KAT ATAS NI???!

i punyalah rasa winning tadi sebab i boleh faham sendiri! now mesti you dah tak percaya. grrr.

btw... i hope the girl forgets the pain soon.

Hunkiecrush said...

Hahaha. I pecaya lew!

Pelangi said...

Selamat Hari Raya ^^ and I'm waiting for the next part!

dr Boseyong said...

impressed again . can't wait for part 7 :)

Hunkiecrush said...

Thanks girls. :p