The cupids.

Thursday, August 16, 2012

Gila | 05

Bahagian lima.
Aku menyelam. Aku menyelam ke dasar tub mandi, memeluk tubuhku sendiri dan baring diam-diam. Semua jadi tenang, kononnya aku berada di dalam vault yang memisahkan aku dengan celaka dunia. Dalam keadaan aku ni, aku boleh mendengar titisan-titisan peluru air jatuh ke atas kandungan tub mandi ini dan aku juga boleh mendengar gema jantung aku sendiri. Semuanya seperti separa realistik. Ini dunia baru. Dunia aku seorang. Mana ada orang lain yang boleh dengar gugurnya hujan dan dalam masa yang sama, mendengar jantungnya sendiri? Aku fikir aku mungkin akan betul-betul terpisah dengan dunia kalau aku menyelam lebih lama. Dan orang lain tak akan tahu. Akan indahnya dunia baru. Jadi aku tahan nafas aku. Tahan sedikit lama. Tahan. Dan pabila vault menjadi lebih gelap, aku mula faham, sedikit gelap diperlukan untuk melihat bintang, bukan? Aku nampak sebiji bintang, yang memberitahu.

Yang aku gila. Kenapa perlu bunuh diri? Aku lantas bangkit dari kolam tenang tadi. Aku melutut dan menangis, menangis sepuasnya. Aku cebik sepuasnya, biar hodoh, biar selekeh, biarkan aku sendiri! Menangis tanpa henti.

Jam menunjukkan pukul dua pagi. Tapi aku tak nak tidur lagi. Masih terkejut dengan realiti.

Aku renung ke skrin telefon. Ada empat belas missed call dan tiga message semuanya. Semua yang datang dari Amir. Aku malas nak baca, tapi sebab aku dah tak ada benda lain nak buat, aku pun bukak message pertama, bertarikh semalam.

"Sayng, dh nk smpai? Kt mana dah?"

Dan yang kedua.

"Syng, dah mlm ni. Where art thou?"

Dan yang ketiga.

"MORNING SAYANG. Why aren't you here. I miss you. :("

Hari ini hari ke empat. Hari yang berpaut malam bila mana aku bercadang untuk menulis sepucuk surat. Surat suicide? Entah. Aku tiba-tiba rasa seperti ingin menulis. Atau dalam erti kata lain, meluahkan segala perasaan aku yang terpahat sedalam-dalam benak hati ini. Orang kata, menulis itu suatu terapi. Entah betul, entah tidak. Aku mendongak keluar tingkap hotel, dan mula mencari ilham untuk menulis. "Dua bulan sudah berlalu," aku mulakan. Ah! Tak best.

Aku mencapai handphone. Aku kena telefon seseorang. Seseorang yang aku sayang. Seseorang yang telah meranap jiwa aku, seorang lelaki yang aku cuba lupa sekarang.
"Hello?" jawab lelaki di hujung talian.
"Hai."
"Hurm," dia mendengus, "kat mana ni?"
"I kat Singapore," aku jawab lemah.
"Kenapa tak balik sini?" lelaki tu meninggikan suara.
"I balik, esok. Sorry, I ada hal," aku berbisik.
"Ha, you jumpa jantan lain ke?"
"Tak. I kerja je. Em you.." aku biar tergantung.
"I faham. I miss you too," jawab dia, sudah tahu.
"When I come back would you hug me?" aku tanya dengan mata berkaca.
"I would do anything to please you. I'll wait."
"Janji?" aku tanya lagi.
"Janji. Are you alright sayang?"
"Yes, nothing to worry about!" aku menjawab sedikit laju, mungkin kerana aku terlepas setitis embun mata.
"I know something is wrong."
That's why I love you, can't you see? You're psychic.
"I'm alright. Don't worry."
"Okay, roger me tomorrow! I'll be there for you."
Aku diam, menikmati suara garaunya. Yang aku rindu.
"Sayang," dia sambung. "I love you."
Dan tanpa ragu-ragu, aku menjawab, "Azhar, I love you too."

5 comments:

Pelangi said...

Ah, so she still love the abusive Azhar?

The lyrics from I love the way you lie by Rihanna ft Eminem and Skylar Grey also talk about destructive relationship.

Now, I'm interested. Will you write about why this girl, love her abusive bf? its not normal.

spankuning said...

so normal but so despised.

Hunkiecrush said...

Pelangi, okay I will. :)
Span, takyah nak despised sangat. :p

Naim H. said...

Wait so okay I got this one. But previously, what caused her to back away from Amir and to the hotel? I'm guessing, not imagination alone. It could be it's just the thought, sudden realization, but yeah me being me I can't settle with that unless you say so. Haha!

Hunkiecrush said...

There is a reason. Stay tune Naim! Haha. :)