The cupids.

Wednesday, August 15, 2012

Gila | 04

Bahagian empat.
Hari ini, aku bercadang untuk menulis. Atau dalam erti kata lain, meluahkan segala perasaan aku yang terpahat sedalam-dalam benak hati ini. Kata orang, menulis itu suatu terapi. Entah betul, entah tidak. Aku mendongak keluar, dan mula mencari ilham untuk menulis. Dua bulan sudah berlalu, fikir aku. Cinta aku pada Amir semakin menebal, seperti kabus pagi, walaupun kadang-kadang dibungkam matahari. Semua hubungan pasti ada masalahnya, ada atas dan bawah, tinggi dan rendah, naik dan jatuh, bukan? Jadi aku percaya hubungan aku, walaupun akan berlubang di mana-mana, aku pasti, akan aku dan dia tempuh dengan jayanya! Ewah jiwang pulak

Macam tiga minggu lepas, bila dia tanya aku soalan yang pelik. Soalan yang perlukan jawapan masa silam. "Seriously you nak tahu? You really, really, really, really sure you wanna go there?", soal aku, untuk kepastian. Manalah tahu, kot-kot ini mind game? Aku tak nak tersilap anggaran. 
"Ye, cite je lah. Okay, siapa Bf you sebelum I?" dia tanya sekali lagi. 
"Adalah, sorang mamat ni. Dia abusive." 
"Tipulah. I tengok you tak nampak macam kena abuse pun." Dia buat mata sepet, dan aku bayangkan ada peluh sebesar epal dekat dahi kanan dia. 
"Betul. Tapi whatever it is, I got you," ujar aku. 
"Dia tahu tak kita, err. You know.. Nanti dia bunuh I ke? Mana tahu!" Amir sambung, dengan muka dia yang bajet-bajet cute.
"Tak tahu pun. Kalau tahu pun dia tak kisahlah sayang," aku cuba menyakinkan dia. Dan sebenarnya aku memang yakin ex aku takkan apa-apakan Amir. Sebab Amir sendiri berbadan sasa, dengan gaya machonya, come on, he plays sport, seekor gajah pun dia mampu tumbangkan. Dan semasa aku memainkan imej-imej Amir yang berkemeja tidak berkancing, sedikit demi sedikit, bulu roma aku naik, sebab, aku baru tersedar, yang aku, tak perlu risau lagi, ya, tak perlu takut lagi, kena pukul dan sebagainya dengan jantan gila. Mungkin Amir adalah yang satu. Mungkin ini semua takdir, dia, dan aku, berjumpa. 

Ingin sahaja aku titiskan air mata, tapi aku tak tahu kenapa. 
"Em, turn you pulak!" Aku meninggikan suara manja. 
"Okay, sebelum you, ada sorang perempuan cina, tapi, sekejap je. Sebab dia tak duduk dekat-dekat sini." 
"Erk," aku tersedak. Pun tak tahu kenapa. "You, ada.. Err. Buat, apa-apa tak?" tanya aku, cuba menyembunyikan perasaan aku yang gagal aku terangkan macam mana.
"Ada. Tapi, I tak nak bagitahu you 'apa', okay? Sebab itu personal. Boleh?" 

Hati aku sedikit berlubang, aku dapat rasakan sedikit, mungkin sebesar kuku kelingking? Rasa macam nak tampar muka Amir, tak tahu kenapa! Tapi itukan namanya cemburu? Kadang-kadang best jugak rasa cemburu. Dah lama tak rasa macam ni. Tapi ianya mudah sahaja bagi aku, untuk melepasi perangkap siksa jiwa. Hanya perlu faham, dan lupa. Faham, dan lupa. Semua pasti akan menjadi lebih baik. 

Mungkin ini jugalah yang dinamakan cinta - ekstrem suka dan secubit rasa terseksa? Bila aku terpaksa berpisah dengan dia 4 hari lepas? Kalau boleh, memang aku tak nak berpisah. Tapi apakan daya, sekarang aku hidup untuk kerja, dan kerja untuk hidup. Jadi aku ke Singapore, dan meninggalkan kunci apartment aku dalam jagaan Amir. Sebelum berpisah, dia menyakinkan aku, supaya jangan risau, dia tak apa-apa. Lagipun, senang dia nak ke kerja kalau dia tinggal di apartment aku. Daripada terpaksa ulang-alik dari rumah sewa dia ke kedai, memang buang masa. "Kita jumpa lagi, sayang, dalam tiga hari. Pejam celik, pejam celik, you dah ada kat sebelah I, kan?" dia mengusap rambutku, membuat aku lemah merayu. "Masa mencemburui kita Mir!" dan dia hanya mampu tertawa.
Tapi sebenarnya tidak. Salahkan anggapan. Maaf masa, dan terima kasih kerana TIDAK mencemburui aku. Mungkin dia faham akan perasaan aku yang kini milik jejaka yang jauh terpisah oleh jarak laut dan tanah. Hari kedua di Singapore, aku sudah bersedia untuk pulang. Tak perlu hari ketiga, I'm the champion yo! jerit hati aku. Dan malam tu aku sudah berada di depan pintu apartment aku. Aku tahu Amir di dalam, sedang tidur, atas katil aku. Dan aku buka perlahan-lahan daun pintu, ingin memberi kejutan. Dalam fikiran aku, banyak perkara lalu-lintas, macam trafficlah kot. Aku bayangkan dia baring tak berbaju, oh! Mungkin ada perempuan jahanam sebelah dia sedang tidur? Lagi teruk kalau dia sedang peluk perempuan itu? Tidak! Ah, aku pasti terjun banggunan dan mati dalam kolam renang (nampak sangat terpengaruh dengan media sekarang). Pintu tu, aku tolak perlahan-lahan, dan aku sudah nampak Amir, betul dia sedang tidur. Aku menarik nafas panjang. Jenis nafas yang aku mula jinakkan sebulan lepas. Dan aku tolak lagi, dan lagi. Sehingga luas. Muat untuk aku dan lebar kedua lenganku yang cukup sedia untuk mendakap Amir. Kemudian aku tutup pintu itu semula. 

Aku terlupa sesuatu. Ya, aku terlupa sesuatu. Peter Pan mula memberontak dalam fikiran, dan menarik aku keluar. Aku berlari turun ke bawah! Apa ni? Kenapa Peter Pan? Apa yang aku dah lupa? Ada benda yang aku terlupa pula. Aku tak turun menggunakan lif, aku turun tangga. Aku tak tahu kenapa. Dua belas tingkat semua sekali. Aku lari, lari, dan lari, titis peluh pecah ke dahi. Aku buka kereta aku dan pecut ke arah berlawanan. Pecut, ke mana-mana. Aku merayu pada Peter Pan, ingatkan aku, apa yang aku dah lupa? "Janganlah buat macam ni? Bukankah aku sedang bahagia?" anak tekak aku protes di dalam sedar. Peter Pan diam, dan meninggalkan aku. Aku pecut dan berhenti. Mungkin ini tempat yang sesuai? Sebuah hotel. Aku matikan enjin, dan seluruh badan aku terasa berat, seperti di cangkuk-cangkuk batu-bata. Sanggup kau tinggalkan aku Peter Pan? Fine, tak apa, aku boleh fikir sendiri. Apa yang aku lupa? Oh ya, aku lupa, yang aku sepatutnya balik, hari ketiga. Muka aku habis basah dengan peluh. Yang mengalir dari mata. Aku terfikir, adakah aku terpengaruh dengan media? Atau dengan tipu daya.

3 comments:

Pelangi said...

Hurm..agak confuse juga cerita awak ni.

But, can't wait for the next part ^^

Hunkiecrush said...

Memang kena confuse pun! Hehe. :)

spankuning said...

-_____________-"

motif mainkan perasaan I?