The cupids.

Wednesday, August 15, 2012

Gila | 03

Bahagian tiga.
Malam tu aku pulang dan baring kosong di atas katil. Malam ini aku kenyang riang, bisik aku. Aku gegas memainkan playlist dan menari di atas jari kaki aku, bertemankan perasaan asing yang dah lama aku tak jumpa. Aku mula menghembus buih-buih sabun dan memerhati lembut tariannya bersama angin. Dia, yang dah lama aku minat secara rahsia, telah berjaya memecahkan dinding segan bertanya, dan akhirnya meminta nombor telefon aku sebelum aku sempat menjejak tapakku ke tanah. Berbaloinya seharian kami dekat bersama. Mungkin sekarang pun kaki aku masih tidak bertapak. Bila telefon aku berdering, aku sudah tahu itu siapa. Aku matikan playlist aku dan senyap-senyap mencari ranting ilusi untuk aku bergayut di dahan awan malam.

Opening bermula dengan tirai penantian mula dibuka, menyerlahkan seorang lelaki bertuxedo putih yang merayu rindu. Thousand years nyanyian Christina Perri mula dimainkan. I have died everyday waiting for you, darling don't be afraid I have loved you for a thousand years. Aku mendekatkan diri ke arah jejaka tadi. Hai, selamat berkenalan. "It was really nice to go out with such a beautiful lady like you," kata penari di hujung talian. Sejenak panca indera aku mula menyedari kehadiran pemain-pemain musik di sekeliling lantai tarian yang semuanya aku rasa dalam setiap momen, semakin dekat dengan aku. Malam aku dihiasi lagi dengan kata-kata harmoni tanpa sangsi. "Would you be mine?" Terdiam, terasa pekatnya sunyi, bagai saat itu, ketika persembahan yang gah tiba-tiba terhenti. "I won't accept a 'no'," ujar pemain piano. Dan dia kini tertawa. Dan aku pula mula bermain dengan tempo minda aku yang telah lama menanti untuk berbunyi, dan imaginasi yang aku namakan Peter Pan, mula membawa aku terbang. Kaki aku satu kehadapan dan satu lagi lurus kebelakang. Perlahan-lahan aku tarik kaki belakangku sedikit ke hadapan, dan setelah dua-duanya selari, aku hulurkan halusnya jari-jemari. "Yes, I sudi," balas aku dengan ritma yang tersendiri.
Cahaya limpah jingga mula menjadi penonton teliti dan bermulalah permainan kabadi yang tiba-tiba memecah sunyi tadi. Saat dia menyambut langkah aku, aku biarkan satu demi satu banting luka di hati aku jatuh tertanggal, meniti irama si lelaki yang aku harapkan kekal. Aku semakin mabuk dengan tarian dan melodi seruling, dan rentak menggila mengejar si dia dan abstrak liriknya. Synchronization, teringat aku pada penyanyi yang aku gelar sebagai playlist. Rima-rima asyik membawa aku menyelam jauh ke dalam cair malam di mana tanpa sedar, aku semakin tenggelam. Cahaya limpah tadi yang memerhati kami, kini beralih ke bola sabun yang bergantung di atas siling tak berbumbung. Cahaya-cahaya titik putih biru kini pecah merata dan berputar seperti kelip-kelip yang masing-masingnya seakan sibuk mencari riang-riang sebagai teman.

Kini aku boleh lihat sekeliling aku, yang semakin nyata. Ini bukan perihal aku. Atau dia. Ini perihal dunia. Dunia kami berdua. Aku dengan bersajaha merelakan Peter Pan membawa aku terus ke dadanya, yang empuk, berlapis satin krim dan kapas merah jambu, dan biarkan semua kenalan malam menikmati musik jazz. Si pemusik tadi mendakap aku dengan simfoni violin yang mendayu. Perlahan-lahan aku memejamkan mata dan mengucapkan terima kasih kepada persembahan extravagan ini. Pabila mata aku pejam, satu-satu instrumen hilang, detik mengalirnya selubung halus pekat malam.  Dan apa yang aku ingat, hitam itu, ukiran wajah si penari lengkap dinotkan seperti lantai tarian penuh dihiasi jejak-jejak tapak kami.

Aku bangun betul-betul di saat fajar terbit, dengan panji-panji janji. Aku membuka perlahan tirai penglihatan aku semulus panca indera aku yang tenang menghembus nafas bahagia. Ganggang telefon masih di tepi aku. Masih? Aku rasa sedikit malu! Ah! Tidak! Aku terlena? Amir! Cepat-cepat aku angkat ganggang telefon. Mungkin aku masih dicelah mood seorang penari, yang tatkala musik mula bermain, begitu juga gerak-geri harmoni yang datangnya dari hati, kerana muka aku tanpa rela, dihiasi senyum penuh ke sisi.
Aku tekapkan ganggang yang aku anggap microphone ke telinga aku, dan berbisik, "selamat pagi sayang," dan biarkan semua ini memenuhi rima hari aku - mendengar hembusan nafas musikal si penari yang masih tidak putus di hujung talian.

(Dedikasi untuk mimpi sang hujan dan pelangi)

2 comments:

spankuning said...

macam i ambil semua words dalam post you ni, i gumpal-gumpal jadi gula-gula kapas. mesti you tak faham i rasa macamana. hehe.
masa i baca ni, ada satu lagu je dalam fikiran i. :)

Hunkiecrush said...

Im glad someone likes it.