The cupids.

Sunday, August 12, 2012

Gila | 02

Bahagian dua.
Mata aku masih terpejam ketika cahaya oren malap mula merangkak masuk ke dalam bilik beradu aku. Aku lihat jam sudah 830 pagi. Dah lewat untuk ke kerja. Mungkin aku patut jujur dengan bos aku yang aku sakit. So in other words, MC. Tangan aku mula membelai lembut perut aku yang seperti di perah-perah, kononnya nak mencari punca. Aku mendengus, sambil kaki meraba lemah ke lantai, menghimpun kekuatan untuk ke bilik air. Yang jaraknya hanya satu meter. 

Selalu aku akan mandi dulu, tapi sebab perut aku sakit sangat, aku rasa aku patut gosok gigi dan basuh muka sahaja pagi tu. Aku sempat menatap cermin lama-lama, dan berfikir, "aku taklah cantik mana pun. Muka selenge. Hidung tak berapa nak mancung. Tapi bolehlah, comel. Kan? Kan?" Jangan pelik, itu semua rutin.

Selepas selesai rutin sekerat jalan, aku turun untuk ke kedai makan bawah rumah aku. Niat aku hanya satu, untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak, my favourite. Hari ni disebabkan aku bangun agak lewat, kawasan kondominium ni agak lengang. Budak-budak yang selalu memenuhi kawasan pool di sini semuanya dah ke sekolah. Baguslah, buat bising je pandai! Bila dah sampai, aku duduk di atas sebuah bangku betul-betul di tepi kolam mandi. Dan mula mencapai sebungkus nasi lemak yang tersedia di atas meja.

Bissmillahhirrohmanirrohim.
Suapan yang pertama sangat nikmat, walaupun hakikatnya perut aku sedikit goncang. Ketika aku mengangkat tinggi sudu aku untuk suapan kedua, suara seorang jejaka macho tetiba menegurku, "Hai, awak." 
Hai? Bila masa pulak pandai hai-hai ni?
"Hai," aku jawab sedikit terkedu. Suara tu aku kenal. Setiap pagi aku dengar suara tu. Suara tauke kedai.

"Kok ye pun lapar, tak nak ke awak order air?" tubuh bernyawa tu bertanya, sambil menghulurkan secawan teh tarik. "Awak ni, bagus ek?" aku membalas, dengan sedikit tawa. "Bagusnya. Kalau macam ni tak perlulah saya tergedik-gedik nak order dah lepas ni. Awak dah tahu, kan?" Dia tersenyum lalu berkata, "ye lah. Actually, tadi saya tunggu awak, ingatkan awak pergi kerja tak breakfast hari ni."

Tunggu? Ah. Kenapa dia macam nak ngorat aku? Patutnya aku yang ngorat dia. Eh. Bukan.
"Sorrylah. Saya sakit perut gila-gila-gila sakit."
"Kenapa?" dahi dia berkerut, matanya ikhlas.
"Entahlah. Gastrik rasanya. Semalam tak makan. Busy sangat."
"Apa pulak macam tu? Bahaya tau tak? Nah amik ni lagi sebungkus. On me."
"Ehhh tak payah lah. I bukan banyak makan pun." Ah pulak! Terguna 'I'.
"Okay, saya bawak awak gi klinik nak?" dia jawab. Nasib baik dia tak sedar aku guna 'I'. Nampak sangat aku memang terkinja-kinja.

"Eh awak, tak apalah." 
"Nanti dulu. Awak tak pergi kerja, kan?"
"Tak."
"Macam mana nak dapat MC kalau tak gi klinik?" Isk betul jugak. 
"Erm ye lah. Jap lagi ek. So kedai ni nak suruh siapa jaga? Pak guard?" aku ketawa besar. Tak senonoh. Tapi dia relax sahaja dan terus menyakini aku, "itulah gunanya ada perkerja. Lagipun, tak apa, beberapa jam je pun."

Dalam keasyikan bersembang tu, aku terlupa yang perut aku tadi meronta-ronta kesakitan. Dan yang sebenarnya aku belum mandi. Lelaki yang seorang ni membuat aku rasa istimewa, walaupun rupa aku tak seberapa. Aku yang selalunya berkelakuan kasar dan selalu bertutur mengikut rentak rasa, kini jatuh dalam watak sketsa, yang aku lukis pagi tu, khas untuk dia.

Dia bukan sahaja berjaya buat aku tersenyum riang pagi tu, malah, membuatkan aku terlupa seketika peristiwa semalam, ketika hati aku diranap jantan tak guna. 

"Eh, tadi kata tak makan banyak? Ni dah dua bungkus dah ni!" dia mengomen. "Tak takut -"
Muka dia tiba-tiba berubah. Aku rasa dia sudah hilang perkataan untuk digantikan dengan perkataan negatif tu. Oleh sebab aku pun tak berapa nak reti, aku sambung sahaja, "Gemuk? Ala takpe I memang dah gemuk!" aku ketawa, berdekah-dekah. Dia pun turut ketawa, tapi masih sopan seperti biasa. Aku tahu itu tak lucu, sebab aku pandai jaga badan.

Setelah sesi berkenalan berakhir, aku pun membetulkan pyjamas aku yang serba-serbi tak kena. Tapi sebelum sempat aku menoleh untuk pergi, si jejaka menahan aku.
"Awak! Err," aku hanya memandang bibir merah yang penuh tu. 
"Boleh tahu nama tak?"
"Natasha. Call me Tasha," aku jawab, tanpa segan. Mana taknya, lelaki ni dahlah baik, handsome pulak tu.
"Sedap nama. Nama saya-"
"Tahu dah. Amir. Amir's Corner."
"Yes. Tahu rupanya." Dia ketawa lagi. Ketawa yang seksi. Bukan yang selekeh macam aku. "Okay you pergi siap. See you in 30 minutes?"

Dia guna 'you'. Aku terdiam seketika, lalu mengangguk ayu. 
Hati aku berbunga-bunga. Bukan senang nak temu cinta. Tambah lagi bila dah meningkat usia. Tapi aku baru 24 tahun. Tua tak? Ah tak kisahlah. Asalkan aku dapat dating dengan dia. Tak sia-sia aku berlakon sakit perut. Gila, gila. 

4 comments:

spankuning said...

lepastu kat klinik dia nak berlakon apa pulak? hihi

i keep thinking post ni carut i. grrrr -.-

Hunkiecrush said...

Motif? Selalu blakon sakit lettew!

Johan said...

Tasha nama dia? Haha. Seronok lah baca lepas ni.

Hunkiecrush said...

Yang tu memang tak ada kaitan dengan sesape ek!