The cupids.

Thursday, August 9, 2012

Cerpen 14 | Digit.

Tegukan terakhir Pepsi ni memang sesuai buat closure. Macam cool. Aku pun cakap, "I even kira berapa kali you sebut 'alaaaa' sepanjang perjalanan tadi, start at 9:43 pm sampai sekarang 10:25 pm. 11 kali."
"Kenapa you kira 'alaaaa' je?"
"Sebab comel?" aku ketawa.
"Alaaaa." 
"Dah 12 kali!" aku tambah. Ina buat mulut muncung, muka ala-ala give-up.
"I suka math. Okay, actually I obses dengan math ni. I suka nombor. I nak kira semua benda kalau boleh. Ah, senang cite memang I suka numbers lah!" aku bercerita. Yang panjang, aku cuba pendekkan. Ina diam. Mungkin sedikit trauma mendengar perkataan 'nombor' itu sendiri, sebabnya "isk I tak bolehlah number-number ni. Rimas. Tapi I suka duit. Cuma tak reti kira," dia mengomen.

"Sudah-sudahlah cakap pasal numbers okay? Kita tengok bulan nak?", Ina tersenyum manja, cuba menyakinkan aku supaya tak bercakap guna angka. Aku pandang ke langit, malam ni cerah pulak, bisik aku. Tak macam semalam, gelap. Ina bermain dengan rambutnya, dan aku mula tak boleh fokus. Bukan tergoda, tapi, kalau boleh memang aku nak tahu jumlah helaian rambut dia. Argh, tension! Aku cuba lihat jauh ke langit, dan aku mula fikir tentang planet yang latestnya sudah ada 12. Tapi planet ke-12 macam tak confirm lagi je ada ke tak.

"Arif, you tengok ok? I buat magic", Ina menyiku aku manja. "Mana dapat kotak mancis tu?" aku tanya. "Curi. Eh takdelah, pinjam adik punya. Dia smoke." Hambarnya. "Okay okay. Mana magicnya?" aku bajet aku interested. Ina menghulurkan kotak mancis pada aku, "okay pegang kotak mancis ni dulu". Aku kira sudah 20 perkataan dia guna selepas 'nak'. Aku goncang kotak mancis dan aku buat anggaran, berapa batang mancis yang tinggal lagi dalam kotak tu. Tangan aku mula gatal nak bukak kotak tu tapi dia tangkap aku yang sedang leka.

"You ni, ni yang malas nak keluar dating ngan you. Selalu jadi camni!" 
"You sorry. Okay mana mana mana mana mana magic?" Aku nak cover, jadi aku cuba buat muka comel, betul-betulkan sedikit posisi punggung aku atas but kereta dan pandang dia penuh harapan. Harap-harap dia cair.

Dia buat muka monyok, dan patahkan batang mancis tu. Ouch. Marahnya girlfriend aku ni. Aku pun nak pujuk dia, tapi aku decide untuk pujuk dengan cara baru. Aku bukak kotak mancis tu, dan mula menyusun batang-batang mancis di atas tanah, "I AM SORRY" yang ada 26 batang semua sekali, dan satu telah dipatahkkan dan baki ada lagi 4 jadi semua sekali ada 31 batang mancis. Ina masih buat-buat merajuk. Aku nak je cubit hidung dia, tapi aku tak bolehlah pegang perempuan. Nanti jadi lain. Aku bukannya boleh kawal, tambah lagi bila takde orang macam ni.

Dalam tengah dok fikir benda tu, Ina tiba-tiba lompat turun dari atas kereta dan peluk aku. Jumlah penduduk di dunia ada 6,952,939,682. 28.3 juta ada kat Malaysia. Macam mana aku boleh sangkut dengan dia?

Jantung sebesar sekepal tangan! 
Aku lihat tangan aku, ada 5 jari. 
Sebentuk cincin! 
3 jalur hitam! 
Aku kira kelajuan degupan jantung aku.
Boleh mencapai 78 kali seminit. 
Tapi semakin laju! 
Sekarang pukul 12 malam, dalam 24 jam, 15, 000 liter darah telah dipam! Jantung aku berdegup kencang, aku hampir boleh dengar jantung aku sendiri! Aku kira degupan itu, kira, 83 dan terus kira, 94! AH! Aku gagal. Terlalu laju! Please, make it stop!

Dan aku kalah. Aku hilang kiraan. Berapa kali aku hitung degupan tadi? Aku tak pasti. Dan nombor, kalau tak pasti, maka tak tepat. Bila tak tepat, maka salah.

Di tempat aku berdiri, aku boleh bau rambut Ina. Bau Herbal Essence. Warna merah. Aku pun tak ingat perisa apa. Tapi aku tahu harga dia. Tapi aku tak nak sebut. Sebab aku dah kalah. 
Tiba-tiba nombor bukan lagi jadi mainan. 

Sebab aku sudah ada yang satu. SATU. 
Betul-betul dalam dakapan aku.

Ina pandang mata aku. Muka monyok. 
Comelnya. 

Takpe, 
SATU - KOSONG.

(Dedikasi untuk gugusan dakwat hijau)

5 comments:

Miss Boseyong said...

nice one :)

spankuning said...

"I suka duit tapi I tak reti kira." - itu you. :)

Hunkiecrush said...

Syazana: Thanks you! :)

Span: Attempt to quote myself tu. Hahaha. :p

Johan said...

Herbal Essence warna merah rasa raspberry. Nak tolong jawabkan tu je.

Hunkiecrush said...

Tau laa dia gunaaaaa. Haha!