The cupids.

Thursday, August 2, 2012

Biru Laut iii.


"Hey Lisa," tegur Amy yang baru sahaja Lisa kenal 5 hari lepas. "Kau ni, okay tak?"
"Okay je. Aku tunggu dia."
"Tak habis-habis. Wei, jom wei, pegi minum. Dahagalah tekak aku."
"Tapi, macam mana kalau dia balik?"
"Ey dia tu memang tak gunalah wei. Dah lah tak balas surat kau!" Amy menyapu ke tepi pasir-pasir halus di atas bangku kayu berhadapan dengan Lisa.
"Aku rindu dia. Semua pasal dia. Rugi tau kau tak tengok dia."
"Eww. Aku tahu, kau nak cakap dia comel, manja, gebu? Kan?"
"Memang betul macam itu, nak buat macam mana." Lisa tersenyum. "Inilah tempat terakhir aku jumpa dia."
"Tapi inikan cerita 5 tahun dulu? 6? Sekarang entah-entah dia dah ada girlfriend lain!"
"Dia mesti bagitahu aku. Dia dah janji nak kembali."
"Surat terakhir dia kan cakap dia busy?"
"Jadi?"
"Kalau busy maksudnya.. Eleh, jangan buat tak tahu."
"Isk kau ni merepek je! Kau nak makan pasir ni?"
"Tampar nanti baru tahu! Wei, tengok laut ni. Cantiknya.."
"Betul.."

Dari jauh Mak Som memandang ke arah Lisa, dari celah-celah tingkap kaca di ruang tamu rumahnya pabila suaminya menegur sopan dari belakang. "Sayang, sudahlah tu. Apa yang dikenang sangat benda dah berlalu."
Mak Som cuba untuk senyum, kalau boleh, memang dia nak suaminya senyum bersama, tanda terima. Akan tetapi,

"Tengoklah Lisa. Dia masih tunggu anak kita, Fendi."
"Astaghfirullah hala'zim. Kesian dia."

Lisa memandang jauh ke arah garis-garis cahaya jingga di atas permukaan laut yang biru. Bagai langsir yang berlapis-lapis halus disentuh angin yang lembut.

"Em macam manalah nak yakinkan dia bang?"

Begitu jugalah luka di hatinya, yang sudah bertahun, tetapi seakan-semalam.

"Entahlah. Nanti kita suruhlah kawan dia tu buat. Dah-dah kita dah lambat ke kubur."

Tamat.

2 comments:

the writer said...

i expected this ending haha

Fruithart said...
This comment has been removed by the author.