The cupids.

Monday, July 16, 2012

Cerpen 10 | Simpang Tiga.

Diana: SUMPAH!
Bobby: Sumpah?
Diana: Sumpah kita sesat.
Bobby: Maybe yes, maybe not. Yang penting ada minyak lagi.
Diana: Banyak?
Bobby: Banyak juga.
Diana: Bob. Aku peninglah.
Bobby: Apa benda?
Diana: Aku nak pergi tempat tu. Aku nak cari bunga biru.
Bobby: Jangan.
Diana: Tapi, kan dekat je dengan tempat yang kita nak pergi ni!
Bobby: Jangan aku kata. Isk.
Diana: Kenapa?
Bobby: Tak sesuailah dengan kau Na.
Diana: Apasal kau cakap macam tu?
Bobby: Ala. Aku laki, aku tahulah apa yang sesuai dengan perempuan.
Diana: Aku perempuan, aku tahulah apa sesuai dengan aku.
Bobby: Tapi ini pasal bunga!
Diana: Jadi lelaki pandailah bab-bab bunga ni?
Bobby: Pandai pilih.
Diana: Aku nak biru Bob. Tak naklah yang merah. Obvious sangat.
Bobby: Tak kisahlah, asalkan bukan yang tu - yang biru.

Diana: Shit. Jalan mana ni?
Bobby: Bukan yang terus.
Diana: Kiri?
Bobby: Atau kanan. Yang pasti bukan terus.

Diana: Takkan sebab tak sesuai je?
Bobby: Ada benda yang kau sepatutnya tahu sendiri.
Diana: Contoh?
Bobby: Kalau baju ni tak sesuai dengan kau, perlu tak aku bagitahu yang jelas?
Diana: Tak.
Bobby: Samalah macam ni. Aku perlu bagitahu baju ni tak sesuai je.
Diana: Yang aku pun sama buruk macam baju, kau diamkan?
Bobby: Pandai.

Diana: Alamak, aku dah ingat! Kita salah arah. Kita patut patah balik!
Bobby: Aduh.
Diana: Tengok. Simpang tiga mana pula ni?
Bobby: Kan bagus kalau ada roundabout.
Diana: Jadi tak boleh patah balik?
Bobby: Rasanya tak.
Diana: Isk. Patah balik je, mana ada kereta lain!
Bobby: Kau gila?
Diana: Kejap je, kau tengok ni.
Bobby: Kita lawan arah ni!
Diana: Shi -
Bobby: LORI TU NA-

(Dedikasi untuk hati yang berbisik)

4 comments:

yane said...

mati suda?

Fruithart said...

Tepat. Ikut hati mati.

Nur Haryani Zabaruddin said...

grrrr. suruh perempuan drive, mmg trouble. lg lg yg name nadia.

*sexism

Fruithart said...

Siapa Nadia? Eh tak baik tau. HAHAHAHA!