The cupids.

Thursday, July 12, 2012

Biru Laut ii.

"Aku tak bermaksud, maafkanlah aku!" si pemuda merayu, meminta ampun dengan gadis yang mukanya kemerah-merahan itu. "Aku lapar sangat, dah seharian aku tak makan. Ayahku tidak pulang lagi dari laut. Aku janji akanku ganti ikan ini dengan saiz yang dua kali lebih besar!"

Gadis tadi hanya terdiam. Dia memandang tepat ke mata si pemuda, lalu wajahnya berubah. Sedikit demi-sedikit,  seperti langkah-langkah kecil semut api. "Tak perlu terangkan. Aku faham. Kita susah. Bingkas."
Si pemuda masih terduduk, kekuatannya seakan-akan jatuh semuanya hanya di lutut yang luka dua tiga. "Maafkan aku. Maafkan dulu baru aku bangun."

"Baiklah," tegas si gadis ayu berbaju biru. "Anggaplah itu sebagai bingkisan dari malaikat."  Si pemuda menanjak perlahan-lahan ke atas, malu. "Nama aku Fendi. Kau?"

"Lisa."
"Manisnya nama kau."
"Kau belum lihat senyuman aku," kata Lisa, yang kemudiannya melirik ke arah dahan-dahan pokok betul-betul di atas kepalanya.
"Kenapa?" tanya Fendi, keliru.
"Adalah."
"Bagitahu aku. Ada apa dengan senyuman kau?"
"Manis juga."
"Tunjukkan kepada aku."
"Tak mahu!" Lisa menghebus nafas riang, dan tersenyum.

"Memang manis. Semacam Mona Lisa."
"Pernah kau lihat lukisan itu?" tanya Lisa, dengan senyuman lebar.
"Cantik lukisannya, seakan-akan nyata."
"Kau tinggal di mana?"
"Di hujung kampung. Sana," tunjuk Fendi ke arah susur sempit di hujung jalan.
"Fendi. Aku panggil kau Di sajalah, boleh?"
"Boleh."
"Di."
"Ya, kenapa?"

"Siapa kata ikan tu aku punya?"
Lalu mereka berdua tertawa. Itulah saat-saat suka. Kali pertama bertemu cinta.

No comments: