The cupids.

Wednesday, January 4, 2012

Cerpen 5 | Lidah Kelu.

Korang kalau tak gaduh memang tak sah, kan? Mesti kau nak menang, dan bila kau nak menang, dia pula nak menang. Bila dia nak menang dah kau lagi lah nak menang. Gaduh, seorang api, seorang lagi api. Mana airnya? Asyik-asyik nak bertikam lidah, maki, caci, sini, sana. Kenapa tak bergaduh dalam sukan je? Baik untuk kesihatan, bukan?

Kau pun satu, kenapa kau tak ingat masa kau dengan dia main game sama-sama dulu, sokong sama sokong, tolong sama tolong? Kau dah lupa janji simpul mati kau - "kita dua tak terer, tapi apa yang penting adalah kita berlawan sama-sama"?

Ha, dia, satu lagi. Kenapa lah dia tak dampingi kau? Dulu dia sesaat pun tak boleh berpisah dengan kau. Bangun nak sayang, makan nak sayang, mandi nak sayang, tidur nak sayang. Apa dia dah lupa janji simpul mati dia - "jangan bimbang masalah yang datang, saya akan jadi penyelesaiannya".

Tapi sekarang dah lain, bukan? Asyik-asyik nak bertikam lidah, maki, caci, sini, sana. Gaduh, seorang api, seorang lagi api. Mana airnya?

Kau, apa lagi, pergilah jumpa dia, pandanglah mata dia, tak perlu ungkapkan apa-apa, cuma, sentuhlah tangan dia dan pegang eratlah tangan itu, kerana lidahnya sudah kelu untuk apa-apa. Aku cuma nak bagitahu kau, sebab aku dia.

2 comments:

pelangi said...

saya pun nak pegang tangan dia ^^

Hunkiecrush said...

Hehe. Sweet je. :)